06/09/2017

Sulit.

Bismillah.

Tanggal 6 September 2017, exactly after a year, ia suatu berita yang sulit buat aku. Result MRI Ulfah hari ini. Sebelumnya aku bengang dengan keadaan hiruk pikuk anak anak, hari ini bergenang air mata dengan perasaan bercampur baur.

Aku datang awal ke hospital. Namun nombor aku belum lagi dipanggil. Lewat jam 9.35pagi, nama Ulfah kedengaran.

"Otak anak awak tak normal."

Aku sebenarnya ralat. Campur dengan emosi semalam, hari ini aku masih lagi dalam keadaan tegang mengingatkan. Mengenangkan keletihan menjaga dua manusia kecil yang perlukan aku hampir 24jam, dengan berita yang singgah ini sekadar menampar halus perasaan.

Tak ada rasa. Doktor pula seakan kehabisan kata kata. Diulangnya lagi.

"Otak adalah komponen yang kita tak boleh nak ubah, atau rawat. Ia akan kekal sehingga besar."

"Saya pun tak tahu sama ada Ulfah boleh berdiri mahupun berjalan besar nanti."

Aku senyum. Berterima kasih. Tak sampai 15minit pertemuan. Aku atur langkah pulang. Tak tahu sama ada aku harus menangis atau biarkan. Sesekali aku memandang Ulfah. Dia dah enak ketiduran selepas berjumpa doktor tadi.

Hujan.

Aku katup muka Ulfah sepanjang perjalanan ke kereta. Ulfah memang begitu, tiada rangsangan menolak. Masuk ke dalam kereta, aku buka tudung yang menutup mukanya, dia tersengih comel. Memang comel. Sangat sangat comel sampai aku sendiri tak sedar air mata aku menitis.

Pulang.
.
.
.

"Kak Bunga, hari ni result mri Ulfah."

"Macam mana result?"

"Dia ada lissencephaly."

Aku buntu. Terasa berat sangat didada. Masuk ke bilik air membasuh muka yang kemerah merahan. Mungkin sudah lama aku tidak menangis.

"Eh tu kata doc. Awak teruskan apa yg boleh. Jgn harap pada OT hospital je boleh try rawatan lain. Urutan saraf cuba cari kat area awak. Ulfah kecik lagi masih  banyak peluang."

Terima kasih atas ujian ini. Berat rasanya menangung tangis. Sampai senak kepala. Terima kasih yang sudi membaca. Semoga tahun hadapan ada sinar baru yang aku tunggu.

Insha Allah.


No comments:

Post a Comment