15/09/2017

Pernah Tak?


Bismillah.

Pernah tak rasa macam saban hari adalah hari hari kemurungan buat diri sendiri? Rasa down dengan diri sendiri? Rasa tak yakin dengan diri sendiri? Dulu ketika bujang, aku tak pernah hadapi masalah ini. Aku rasa happy almost all the time. Mungkin aku tak bersyukur. Aku rasa tak cukup.

Dengan title housewife ini, yang berniaga balm (orang tengok, em ada ke orang nak beli balm ko ni? harga dah la mahal.) dan tidak bekerja of course. Sebetulnya aku seakan-akan penat dengan title dunia ini. Doktor, doktor gigi, pharmacist, doktor pakar, jururawat, JUSA, cikgu, pengetua, PK Hem? Aku rasa aku useless. 

Belum lagi bila Nusrah balik tempoh hari, aku asyik marah-marah je. Aku rasa letih sangat sangat. Letih fizikal dan emosi. Aku jadi takde mood, rasa malas tersangat-sangat. Ingat marah marah ni tak guna energi ke ape. 

Latest, mungkin sebab aku berniaga balm dan terputus stok. Atas sebab tu jugak, aku rasa macam down sangat sangat. Sebab aku merasainya lebih kurang in two months berturut turut, akhirnya aku rasa sangat lemau nak update apa apa. Aku deactivate facebook. Aku rasa useless.

Ingat saje saje deactivate facebook ke? Betapa facebook memberi peranan besar dekat diri aku. Lol.

Hari ini, aku merasai semua ini. 

Aku rasa letih gila.
Aku rasa aku ni sejenis tak guna.
Aku rasa sedih.
Aku rasa nak tampar orang.
Aku rasa geram sangat dengan diri sendiri.
Aku rasa tak boleh nak kawal diri aku.
Aku rasa marah sangat sangat.

Paling aku sakit, bila dalam keadaan macam ini, orang provoke aku, sekeliling cakap "ala, takpe" "alaaa, sikit jer.." "ala, kalau yang ni tak berlaku, ko tetap akan marah marah" dan kalau la orang tahu struggle untuk tidak beremosi setiap hari tu macam mana.

Perempuan ini sulit sungguh. Sebab yang kecil dirasakan besar.

Harini aku rasa useless sangat sangat. Aku rasa lemah sangat. Aku nak nasihat orang pun bukannya aku orangnya. Aku sendiri ada sisi lemah yang makin memonopoli diri aku sekarang. Aku rasa letih sangat.


No comments:

Post a Comment