03/08/2017

30 July 2017, Fb Share

Bismillah.

Sebelum sharing di Facebook hilang ditelan zaman, aku share dulu di ruangan maya milik diri ini.


"Sejak ada WhatsApp stories, saya berani berani menegur rakan pengajian ketika di UiTM Shah Alam tentang gambar anaknya yang menginjak usia 5 bulan. Walaupun kami selalu berbalas senyuman berbasa-basi sahaja dahulu, iyelah Fakulti Perakaunan dulu entah berapa belas kelas ada, rajin pulak nak tegur sorang-sorang. :P


Sembang tanya umur anak je, lepas itu dia tulis, "At this point of time la u hope they won't grow up" cepat cepat saya minta dia jangan cakap macam itu. Saya balas, "My husband used to say that and now Allah bayar cash sungguh." Tak tahu la saya duduk dalam zon paranoid ke macam mana, cumanya, apa yang saya rasa, saya tak mahu orang lain rasa.


"My baby is 11 months delayed. She's going to turn 1 next month. Tahu tak badan macam bayi, muscle pun lembut lahai. Alhamdulillah sekarang dah on therapy." Terkejut la juga katanya, sebab dia ingat Ulfah baru 6 bulan.


Hal sebegini membuatkan saya kadang-kadang macam desperate gila nak tengok dia membesar dan kadang-kadang saya rasa maca, alah biar jelah dia membesar begitu. Situasi ini berbeza bila saya rajin dan rasa malas malas memuncak. Saya dulu zero knowledge tentang ini tetapi saya anggap ianya satu hal yang saya boleh dig some other knowledge yang belum pernah saya ambil tahu. Melalui Ulfah saya baru mengenali OT (Occupational Therapy) atau dalam bahasa Melayu Pemulihan Cara Kerja. Saya mula menjejakkan kaki ke Pusat Rehab. Saya merasai tangisan anak 2-3 jam lamanya setiap hari (dalam satu masa, bukan 1 jam pagi, 1 jam petang, dan sambung 1 jam malam, bukan) sehingga saya perlu menggunakan carrier disebabkan keadaan Ulfah yang sukar ditenangkan.


Saya merasai perasaan fed up, stress, messed up sebab saya seorang yang aktif, saya perlu bergerak, saya perlu melakukan sesuatu but end up saya tidak mampu melakukan hal apa pun dan hanya melayan anak saya sepanjang hari. Husband saya balik daripada kerja, muka saya bad mood sangat. Walaupun saya kebiasaannya kelihatan sungguh gembira. Perasaannya ibarat saya yang telah bersusah payah sepanjang hari, tapi ketika suami pulang dan Ulfah diberikan kepada suami, Ulfah hilang segala rengekan, segala tangis, segala esakan sepanjang ketiadaan dia. Allahu. Semua ini membawa kepada bad mood yang tidak memasal itu. Sukar untuk saya terangkan, ianya benar benar terjadi.


Apabila kawan saya menyebut begitu, saya teringat seorang teman yang berasal daripada Sarawak. Ketika saya masih bujang, pernah suatu hari ada usrah di Pejabat IKRAM Shah Alam dan bertemu dengan teman ini. Berbual panjang, rakan seusrah tegur anaknya yang comel lantas berseloroh, "Boleh tak nak anak tapi tak nak kahwin?" Kami semua hanya senyum dan teman ini menegur supaya tidak meminta yang bukan-bukan. Sebab dia kata inilah anak yang pernah dia pinta dahulu. Nak anak tapi tak nak kahwin. Dia mempunyai anak, tetapi dia dan suaminya bercerai. Nauzubillah min zalik.


Saya doakan semua daripada kita berdoa, mintalah yang baik baik. Kadang kadang yang kita suka suka itu, Allah makbulkan tanpa syarat. Apatah lagi sekiranya kita meminta dengan bersungguh-sungguh. Semoga bermanfaat.


siskahaidan

Ummu Nusrah&Ulfah

*Saya edit semula pada 17 Ogos 2017


2 comments:

  1. Hello kak nadiah.. lama x tegur rasanya.. firstly nak cakap, Allah tau aih Kak Nadiah tak mintak benda buruk.. Allah bagi bukan sebab kak Nadiah mintak.. parents mesti nak yang terbaik untuk anak2, kan? Kita doakan yang baik2 untuk Kak Nadiah, Ulfah, and family.. semoga semuanya dipermudahkan.. Ulfah pun nanti kat akhirat nanti2 tolong2 la ummi awak tu ye :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Hihi thanks sudi komen :) Memang kita tak minta tapi kadang Allah makbul tu tang kita dok main main. Haha, kuat sangat main agaknya. Doa saja semua Allah beri waktu yang tepat. Mudah mudahan

      Delete