10/04/2017

Mencari Cari


Bismillah.

Aku selalu mencari-cari inspirasi kalau nak menulis blog. Sekali lagi aku memang tersangkut dekat blog Kak Sarah. Kak Sarah, em, macam tu dia kat luar, macam tu jugak dia dalam blog. Tak dinafikan. Suka sangat update blog, adakah sebab dia dah kurang muda dan sekarang aku kena ikut jejak langkah dia sebab aku dalam fasa quitting writing any status on Facebook mungkinkah mungkinkah? Haha, Kak Sarah mungkin sahaja seorang idola, selain seorang kakanda.

Harini dapat mesej WhatsApp yang menceritakan seorang wanita ini meninggal dunia dengan berpegangan Al Quran. Hmm, basically hidupnya tentang Al Quran, membaca Al Quran, menghafaz Al Quran, yang mana aku yang lebih muda ini punya beribu alasan untuk membaca Al Quran. Okey ayat tergantung dekat sini sebab dua jam telah berlalu sebelum aku menyambung ayat seterusnya akibat menidurkan kanak-kanak. 

Sebenarnya aku dah lama tak attend usrah sebab aku terasa dengan naqibah aku. Hmm, tolong ketuk diri boleh tak? Dah kurang bersembang dengan kawan kawan dulu, hmm, banyak sembang dengan kawan-kawan dropshipper lain, yang mana semua akan naik kepada ejen, oh jeles jugaklah, tapi tak boleh lawan jeles bila teman teman usrah naik pegang anak usrah, dulu. Aku, mungkin kena re-start balik yang mana aku belum mula lagi. Alasan je sebakul.

Alhamdulillah anak anak dah baik demam, termasuklah diri sendiri tapi Ulfah still batuk yang quite membimbangkan, tapi yang bestnya dia dah kurang fit macam dulu. Alhamdulillah. Batuk je belum recover, dah try EO, dah try balm Tasneem yang base nya EO juga, oh ya aku ada bagi ubat cair kahak sebab aku pergi klinik akibat Ulfah demam on off tempoh hari. Bila share dengan kakak ipar, dia cakap ubat tu tak boleh bagi untuk kanak kanak bawah dua tahun. Urgh, beraninya doktor JB ni bagi. Haiz.

Dan aku dah habis baca buku 3 Kertas, 3 Krayon dan 3 Pensel Warna. Memang struggle jugaklah tapi memang best. Cuma nak apply je tak berapa best, sebab anak Jiji ni pemikiran dia dah lain macam, haha, Nusrah ni aku cakap pun kadang dia tak faham lepas tu aku mengamuk la sengsorang. Balik si suami, mulalah aku nak mengepek tak berhenti. Huh. Nak homeschooling bukan sekadar buih buih mulut je. Tapi dengan actions, yang mana ianya sangat memerlukan dua orang yang eager to do it. Bukan sorang, bukan half blood, eh eh. Nusrah without handphone? Yes memang ada hihi, masa dia tengah buat aktiviti. Tapi untuk toddler seperti beliau, setiap aktiviti dia hanya bertahan 5-15 minit je. 

Yang ni aku cerita next entry lah ye. Sebab aku sedih Nusrah taknak main dengan aktiviti yang aku rancangkan, kahkah. I am now waiting for bolts and nat yang dibeli daripada Kak Syahida. Aku memang suka browse Instagram, sekali terDM Kak Syahida. Terbeli jugaklah sebab asyik asyik beli barang mak je, Nusrah setiap kali datang poslaju, setiap kali itu SURPRISE. Malangnya, that surprise is for me. Huhuhuk.

Okeylah, till then. Aku sebenarnya nak cerita benda lain, lepas tu cerita benda lain. Astaga. Maafkan emak emak yang dah tak berapa nak muda. Huhuhuhu.

2 comments:

  1. Kahkah, memang betul lah tu! kurangkan status FB, merepek dan mereputlah di blogspot. Haha.

    ReplyDelete