14/04/2017

Cerita Emak Lagi


Bismillah.

Aku ada group yang dihuni oleh sekumpulan emak emak yang dari pelbagai background, jadi setiap hari lebih kurang ada la cerita cerita yang best akan dikongsi. Just let say kami ni rapat sebab kami pernah berniaga barang yang sama satu ketika dahulu, dan bos kami lari. Pathetic kan? Alhamdulillah Allah temukan kami yang tak-berapa-nak-normal ini in one group. Aku namakan group ini, Team Hidayah.

Cerita emak emak selain daripada cerita anak anak, mungkin saja cerita tentang mengandung, pantang dan anak anak. Hahaha, dunia berputar pun kisah ini paling mencengkam hati agaknya. Sesekali tu aku macam terfikir, aku ingat aku sorang je dalam dunia ni yang kadang kadang marah anak, aku pun pernah rasa down tiba-tiba, sorang diri, tears burst out tak memasal, oh oh, rupanya yang lain pun sama.

Belum cerita bab mengandung. Ah, aku ingat aku paling teruk sekali, ah, apalah sangat dengan masuk wad seminggu, huhu. Ye, aku ada morning sickness yang teruknya tahap ke empat ratus empat belas barangkali. Tapi aku selalu fikir mungkin ni je cara Allah jaga aku dan bayi dalam kandungan. Well, orang lain pun sama. Ada je yang tak mengalami morning sickness, tapi bahagian pantang dia aku quite gerun. You know? Bila datang anak kedua, suami dah tak kisah dah, isteri can handle herself, all the meroyan thingy, kadang aku pun mengucap panjang. Alhamdulillah aku ada mertua yang baik, walaupun menantu macam hantu kadang-kadang.

Masa kecik dulu, nak sangat baby cepat besar, bila dah besar, diri sendiri tak dapat handle tantrum kanak-kanak, frust, marah, sedih, kecewa, semua ada. Bila nak ada anak, ianya sesuatu yang besar untuk dipertanggungjawabkan. Bukan sekadar happy happy, yes aku mengandung. Aku merasainya bila datang anak kedua. Hari hari aku tengok Ulfah, entah datang semacam sebak yang tak dapat dibendung. Dan kualiti masa bersama Nusrah, kadang aku rasa annoying sangat dia suka sangat duduk dengan aku, tapi, mungkin dengan cara tu aku boleh tengok dia mata-ke-mata. HAHA, kanak-kanak sangat kreatif tau.

Belum kisah emak lain yang keguguran, terpaksa berpisah dengan anak pertama sebab pantang, sebab pantangnya mesti lebih daripada orang yang czer. Dan suami yang tidak memahami, aku macam, weh, bila pantang, nak sapu rumah pun please is a BIG NO. Orang yang first time ada anak, macam aku dulu, yes rasa bangga boleh buat benda tu, urgh tapi seriously, please elakkan. Pantang just jaga baby je please. Dan jaga diri sendiri. Tak payah sibuk nak masak and all.

Juga kisah emak yang juga turut gugur tapi mempunyai anak seusia Nusrah yang perlu dilayan. I just know the feeling, bila kita mengantuk but we cannot sleep. We don't feel like eating but they're asking for NASI. We don't feel like doing anything, but they insist to play. Allahurabbi. Semoga Allah angkat doa doa mereka dan menjadi ibu perkasa! Huhuhu.

*dalam Team Hidayah ada dua orang yang baru keguguran dan juga dua orang baru bersalin dan seorang lagi tengah tunggu masa

Aku selalu sembang dengan suami, yang mungkin untuk ada anak ketiga, mungkin ambik masa lama lagi, Ulfah sangat sangat perlukan perhatian, Nusrah pun sebenarnya. Banyak benda aku miss, dalam aku tak sedar, Nusrah dah besar. Even when I look at her, I basically looking at myself. Ah, betapa cepat masa berlalu. Banyak benda aku expect daripada Nusrah, dan sebenarnya dia kecik lagi. Dan kekadang aku rasa tough gila being a mother.

Aku doakan sesiapa yang membaca ini diberi kemudahan oleh Allah dalam apa jua yang korang tengah lalui. Semoga dalam cerita orang lain, terselit 1000 iktibar yang boleh kita hadam. Sebagaimana orang-orang dalam Team Hidayah yang banyak aku belajar. Thanks semua.


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kehawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (HR Bukhari No: 5210)

No comments:

Post a Comment