31/03/2017

Nangislah Adik.

Bismillah.

Ada satu masa, Ulfah akan menangis semahu-mahunya. Tangisnya sangat nyaring di telinga, dengan usia yang menginjak ke 8 bulan, aku rasa aku sudah 'kebal' mendengarnya. Sampai satu saat, aku hanya mampu berbisik, "nangislah ulfah. bila ulfah nangis ummi tahu yang ulfah ada.."

Alkisah hari ni dapat memasak untuk suami dan diri sendiri (nusrah takmboh makan tadi) jadi perasaan agak lega dapat selesai satu tanggungjawab. Btw sebenarnya rice cooker pun rosak tadi. Nasi masak setengah ja. Ouh sedih sekali. Sedang melayan ulfah menangis sambil taip ini di blogger. Tak tahu berapa lama akan berlanjutan kesnya dia diserang batuk dan sakit mata. Semoga Allah memberimu kesembuhan Ulfah.

Ummi sayang Ulfah
13.36, 1 April 2017

No comments:

Post a Comment