26/03/2017

Isteri Tuan Ihsan

Bismillah.

Hari ini aku nak cerita pasal suami sendiri. Yes bukan senang nak jadi isteri seorang Ihsan. Walaupun suami aku bukan ustaz, bukan kaki masjid, bukan jutawan, bukan orang have have, tapi semalam, aku rasa aku bersyukur kepada Allah sebab Allah bagi Ihsan dalam hidup aku. Aku berani jamin yang tak ada orang lain macam dia yang faham aku macam mana.

Awal awal perkahwinan memang kami banyak bertekak, bergaduh mulut dan banyak yang aku tak puas hati dengan suami sendiri. Mungkin itu proses untuk aku kenal suami aku. Dia pun sama, dengan panas barannya (hahaha aku pun panas baran jugak) tapi makin lama aku banyak let go dan dia pun banyak dia let go. Ego dan panas baran masing masing. Kalau dulu banyak benda yang aku TERLALU ambil kisah, sekarang ikut jelah.

Fasa awal berkahwin mungkin sebab sayang dekat aku, mostly Ihsan follow je kehendak aku. Sampai sekarang pun, keputusan semua banyak yang aku yang pilih. Sebab dia jenis tak kisah. Sekarang aku mula faham yang sebenarnya sikap isteri yang macam gini memang sangat menyempitkan "rezeki" dalam keluarga. Tapi suami aku ni jenis nak ape mesti dapat. Ni lagi satu aku tak puas hati 
Simple sangat tips dia, dia cuma bagi aku happy jer.

Alhamdulillah ala kulli nikmah.

Aku pun pernah berPJJ dengan suami. Tapi aku jenis tak kisah. Mungkin sebab aku takde mak, dan aku takde komitmen, tapi sekarang Alhamdulillah aku ada dua orang anak.

Aku pernah berlapar sebab suami aku pergi kerja sehari suntuk masa mengandung anak sulung dulu, sampai ketar dan boleh imagine yang rumah aku dapur pun takde. Kelengkapan dapur lagi-lah. Astaga, mengucap panjang kalau ingat duduk rumah setinggan tuh. Walaupun masa tu suami aku boleh afford rumah untuk disewa sebagaimana kami menyewa sekarang ☺

Aku selalu doakan Ihsan dapat apa yang dia nak kecuali bini baru (kahkahkah) dan walaupun kasih sayang aku tak BARU macam kami mula mula kahwin dulu, aku sayaaaang suami aku sebab Allah yang bagi dia dekat aku. Makin lama dalam perkahwinan, baru aku mengerti bahwa dia adalah kurniaan daripada Allah bukan sebab dia cari aku ahahahah. *slap your face*

Aku pun kadang ade gak tak puas hati dengan dia tapi aku kadang kadang tercuit jugak bila aku nak ape je dia mesti bagi. Dia selalu ulang dia taknak aku stress. Dia selalu cakap, kalau aku happy dia akan dapatkan something. Nak beli kasut pun dia tetap tanya aku. Nak beli beg, nak beli itu ini kecuali NAK BELI PC BARU dia tak tanya aku wey! Ini aku marah hahahahahah. Tapi bagi aku, itu adalah heaven buat aku, bila dia busy, aku tak segan nak buat ibadah sendiri.  dan it is all of his hard work, menyara kami semua.

Kadang kadang terharu jugak kalau kalau dia tanya aku selalu tengok website beg yang aku nak beli tapi dah sold out sebab aku selalu lah kedekut yelah bukan duit aku, plus kekadang aku kurang perlukan pun. Jujurnya aku cuma ada sehelai jubah yang aku selalu ulang pakai dan beberapa helai blouse yang aku selesa untuk dibawa keluar. Selebihnya aku banyak bagi kat orang. Aku bukan orang yang terlalu sayang kepada sesuatu. Hehehe kecuali ada sentimental value yang sangat kuat  seperti kain terakhir arwah mak aku.

Paling terkesan nasihat nasihat dia yang kadang aku rase macam perlu. Setahun sekali baru dia nasihat kot. Yelah aku ni ada pe'el jugak. Tak jadi kalau nasihat sokmo. Aku banyak buat benda yang tak jadi. Dan aku selalu give up. Mungkin aku tak mahu melanggar dinding buat terakhir kali. Aku rasa happy kalau kurang berniaga. Mungkin aku nak stop berniaga. Tak sama macam dulu lagi. 

Entahlah.

Selebihnya, Ihsan adalah orang yang aku tak sangka akan jadi bapak kepada anak anakku. Hahahahaha. Walaupun tak romantik, bekeng, muke selenge gituh, dia tetap menjalankan tanggungjawab dia dengan comel. Hihi Alhamdulillah ala kulli nikmah. Dan dialah orang yang sentiasa terima je bini yang selekeh, baju tak match tudung dan sentiasa nakkan yang sederhana. I love you abg.

Abg, nak char kuey teow taman bendahara bole?

26 March 2017
Saje tulis.

3 comments:

  1. comel lah nad ni. suka baca, sebab sangatlah tak fake. haha, nilah baru relationship goal. ahaks XD

    dah dapat caketiau ke tuu?

    moga nad selalu happy bersama keluarga kecil tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabb. hihi tak dapat, tapi dapat makan salmon hahahaha :D

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete