25/03/2017

Anakku, seorang Ulfah.

Bismillah.


Hari ini aku nak ceritakan tentang anak aku yang kedua. Nama diberi Ulfah. Ulfah ni maksudnya "polite" pada carian aku menggunakan Google, hehehe, selebihnya aku bagi pada yang pakar untuk menjelaskan. Ulfah lahir pada 16 Ogos 2016, dengan berat 2.55kg je masa lahir, sangat cepat masa melahirkan dia, less than 15mins I would say. Pantas dan zass. Alhamdulillah. Allah punya kuasa. Oh ya birthday dia seminggu je lepas tarikh lahir aku, ahhh nak jugak kahkahkah.


Ulfah dilahirkan dengan lilitan kepala yang kecil berbanding kanak kanak normal. Tetapi bukanlah terlampau kecil, bezanya hanya 1cm. Dan jika ukuran di klinik pakar, bezanya 1.5cm. 30.5cm manakala ukuran standard ialah 32cm. Yes, takdelah beza sangat pun. Siap ada HO dalam wad pun cakap, sebab dia lahir pun with 2.55kg jadi sesuailah dengan ukuran kepala dia.


Sekarang, 25 Mac 2017. Ulfah dah berusia tujuh bulan. Aku dengan suami ada melawat kawan dia dekat Bachok semalam, and guess what, kawan dia teka anak aku baru dua bulan.  Yes, Ulfah is special. Terkejut jugaklah kawan suami aku bila tahu anak aku ni lagi tua daripada anak dia. Kahkahkah. Aku macam tabah jer tapi aiii suami aku pulak macam nak menangis semalam. Mujur Farah (kawan suami aku) bijok mengambil keputusan untuk kona soalan, so kami pun bersembang sembang hal biasa. Biasalah menjadi seorang ibu, kau full bf ke, kau hantar neseri mana, oh selsema anak macam mana nak buat, hoh?

Ulfah sekarang dah 7 bulan tapi kepalanya masih belum tegak dengan sempurna, masih boleh berpusing dengan 360 darjah walaupun aku sendiri seriau tak sangga. Lepas aku pindah Johor, Ulfah ni jadi tak boleh ditinggalkan, sampai aku nak buat kerja rumah pun waktu malam je. Malam sebab dua dua kekanak tidur dengan aman. Aku start pindah selepas aku habis pantang. Around 43days gitu. Hmm.

Bukan nak meraih simpati sebab aku tau bukan ada orang yang boleh tolong, sebab aku kadang kadang ada rasa nak baling anak sendiri, lepas tu aku di brainwash teruk dengan suami aku. Sampai teriak teriak awang tu, huhuhu. Ketahuilah aku SANGAT LETIH + STRESS pada satu tahap.

Kata suami aku, "Allah nak uji Umi, kita tak tahu kalau Umi sebut nak baling dia, Dia ambik selaluh Ulfah ni macam mana? Allah nak bagi sembuh umur setahun tapi 7bulan pun Umi dah tak sabar langsung, biasalah Allah nak naikkan darjat seseorang, Dia akan uji." Memang menangis jugaklah seorang Nik Nur Nadiah pada petang yang best itu.

Bukan orang yang kahwin yang belum dikurniakan anak sahaja diuji, bahkan yang punya anak juga tetap diuji dan lebih lebih lagi yang belum menikah lagi. Cuma emosi perempuan ini, memang begitu agaknya. Terbawak bawak kekadang. Secara keseluruhannya, hampir setiap hari Ulfah dalam pangkuan aku, dan nak memasak pun aku enggak bisa. Aku pun dah slowly tak menjual mana mana tudung secara meluas, minta maaf kepada yang WhatsApp atau DM instagram, memang sangat slow aku reply. Aku ada fikir yang aku nak betul betul rest daripada aktiviti berniaga.

Hati rasa tenang.
Hati rasa lapang.


Subhanallah. Doakan Ulfah tidak menangis tiba tiba atau sawan kecil yang teruk ada ketikanya. Next nak cerita lagi tapi follow up masih lambat. Hee. So lega lah sikit dapat share dekat sini. Aku rasa nak tunggu Ulfah betul betul sihat untuk kembali aktif balik. Aku sayang Ulfah. Lebih lagi dari nyawa aku, aku rasa. Aku takleh dia takde. Tak terbayang rasanya jika Ulfah tiada. Nauzubillah min zalik. Moga aku terus sabar menghadapi ujian ini.

7 months and still counting.
I always pray for you Ulfah.

No comments:

Post a Comment