06/02/2017

Kenapa Suami Kau Tak Share Post Kau?


Haha, tajuk taknak kalah.

Sebenarnya tempoh hari aku ada up status untuk jual tudung pre-loved adik ipar aku. So selang beberapa minit, suami aku pun share status aku. Sebagai peniaga online, dah tentu-lah aku dengan syak wasangka yang tinggi, sebab selama aku berniaga di Facebook, suami memang tak pernah share status aku.

Aku : "Abang, kenapa share status tadi? Status kite hok jual sokmo sokmo tak share pun?"

Suami : "Status kite tak boleh share, nanti jadi pusat jualan wall abang."

Aku : "Dah kenapa status jual tudung Anis boleh pulok?"

Suami : "Hok Anis takpo buleh share." balas suami, berbasa basi.

Aku : "Bakpo?"

Suami : "Sebab abang tahu macam mana rasanya bisnes tanpa support daripada family. Jadi abang taknak adik abang rasa apa yang abang rasa. So hok Anis boleh share."

Aku : *muka tergamam*

-
-

Nak cair ke tak nak cair ke tak? Haha mesti ada yang tanya habis isteri bukan family ke? Hehe. Isteri family juga, tapi dia lain sikit daripada adik beradik. Adik beradik tak boleh cari, isteri boleh cari lain. Eh? Sebenarnya terharu jugak bila husband cakap macam tu, terus macam, krik krik krik pada awalnya. Hehe. Sebab husband jarang tunjukkan kasih sayang daripada segi ucapan tapi banyak kepada perbuatan. Yekot, mostly guys are like this.

Siapa tak sayang adik dia kan.

No comments:

Post a Comment