16/11/2016

Ali Sudah Bertemu Fatimah-nya?


Bismillah.

Sebenarnya sudah lama aku pendamkan hajat nak menulis blog tentang seseorang. Kalau dulu aku pernah meriwayatkan kisah seorang teman di Tumblr, bagaimana kagumnya aku tentang jalan-jalan menikah melalui orang tengah, maka aku nukilkan lagi antara kisah yang hampir serupa, yang terindah buat diri aku sendiri, melihat bagaimana Islam menjaga sepenuhnya maruah seorang wanita.

Hehe, amboi Ukhtiiii Nad.

Semasa mula-mula berkahwin, aku antara orang yang bertuah (alhamdulillah atas segala nikmat) yang dapat tinggal bersama keluarga mertua. (Aku harap semua yang ingin berkahwin menjauhi perasaan tidak-mahu-tinggal-bersama-mertua ya?) Sebab, aku belajar banyak dalam ni, pertama sekali belajar memasak, HAHA. Dan Alhamdulillah, aku berasa selamat, tenang dan happy. Jangan risau, bukan semua PROs untuk tinggal bersama mertua, tapi ada juga CONs nya. Yang banyak kita semua kena hadap. In fact, mertua juga kena hadap menantu, jadi menantu jangan over kau sorang je nak hadap, OK.

Jadi, sedikit sebanyak aku mengenal perangai mertua dan mertua pon kenal perangai aku. Tak senonoh ke hape ke, mereka tetap terima. Hihihi. Dan disebalik itu, aku juga dapat mengenal adik, abang dan kakak ipar aku. Dalam ramai-ramai, seorang je yang stay dirumah lebih banyak berbanding yang lain. Dan yang paling baik terhadap ibubapanya. Lemah lembut, cakap tak pernah jerit (macam aku... hahaha) sedikit sebanyak aku ni, jenis ingat. Kalau mak masih ada, macam tu ke aku dengan mak aku? 

Bersyukurlah dapat berbakti kepada IBU BAPA :)

So apa yang best sangat ni? Dulu aku tengok dia ni biasa jer. Tutur kata lemah gemalai ape sume, tapi dia tak macam kakak kakaknye. HAHAHA (aku tengok penampilan ye dulu) pastu ada satu masa tu, aku duduk dekat kerusi ruang tamu depan, rumah mertua aku ni bahagian situ gelap, jadi kalau orang lalu-lalang nak keluar rumah tak nampak dah sape duduk kat situ, silap haribulan tak nampak ape. Hahaha, duduklah seketul aku disitu senyap senyap nengok dia ni keluar rumah. Masa tu dia pakai baju biru dengan shawl, jeans. Biasa jer. 

Aku sengih la macam dia nampak aku. HAHA. Tak pun, cuma tetibe, tetibe je aku macam terdetik, "kan best kalau dia ni pakai tudung labuh...mesti lawo" itu je. Lepas tu lamaaaaaaaaaaaaa sangat dah. Yang aku perasan dia ni, pun slowly change. Lagi lagi lepas gi umrah satu keluarga. (Aku belum berpeluang dapat gi. Insya Allah aku nak ready gi tahun depan Disember 2017, gahaha) Dan di tempat yang sama aku duduk.... Dia hari itu lain daripada sebelumnya, tudung hitam, dan jubah coklat. Lalu lagi depan aku, confirm tak nampak dah aku duduk situ. Sekali tu je, aku macam, wahaiiiiiiiiiiii manusia kah ini?

Overall aku macam, doa aku termakbul ke? Doa ke? Aku detik jeeeee ya Allah. Masa tu, macam meremang kot bulu roma. Serious, tapi, aku tak pernah pon cerita kat sesape kecuali kat Kak Nughui. Hehehehehehe, cerita dulu sebab kadang kadang memori kak nughui lebih power daripada aku. Aku harini cerita esok boleh tak ingat dah. Sampai kak nughui malas dah nak ulang 500 kali. HAHA.

Hmm.

Lepas tu, dekat twitter ada orang tag aku, sebab tengok video Irman Bahrudden ni. Korang gi lah tengok stegram dia, tak pasal aku kena promote dia pulak. http://instagram.com/irmanbahrudden sebab muka dia macam laki aku. Dah pulak, tapi nak puji husband lah sikit kan, husband aku takde jerawat, k tuje. HAHAHAHA jahat nau. Aku setiap kali nengok video irman ni, lepas tu aku gelak lepas tu aku tunjuk husband aku. Banyak kali gak sampai husband aku malas dah nak layan bini dia, siap duk pesan, dia lagi segak daripada Irman ni. Papelah bang...

Masa aku duk usha usha tu, aku pun tengok la IG budak ni. Pastu aku pon macam teruja la dengan aktiviti dia, surely dia ni banyak buat video dakwah apa semua dan yang paling best dekat ig dia tulis, orang panggil dia Ali. Hehe, lepas tu aku saje cakap, orang yang muke same ni ade jodoh kan? Semoga dia boleh dapat la si Ali ni dah kata muka macam abang dia. Tetibeeeeeeeeeee. Okey. Itu je tak de kisah pon dengan si Irman ni. Aku sesaje je sebut. Pastu takde pape pon weh.

.
.

Lately ayah (ayah mertuaku) suka sangat sebut pasal Ali. Aku heran la sape pulak Ali ni. Rupanya ada jugak orang nama Ali yang masih wujud dekat dekat rumah. Hehehe, rupanya inilah Ali yang ayah selalu cerita suka pergi masjid tu. Mana ku tahu kan. Yelah, baru tiga tahun kahwin dengan Muhammad Ihsan. Jadinya aku slow sikit nak capture siapakah Ali dalam kehidupan ayah. Dah Ali budak masjid ni berkenan dengan dia. Dah kenapa...

Aku terus je teringat cakapcakap sorang aku dulu. Ya Tohannnn, sungguh na, kalau terdetik tu, Allah makbul. Makbul dengan encik Ali Imran ni. Betui betui dia masuk meminang dia. Aku macam, haiiii, takut pon ada, meremang semua sebab aku pernah sebut sebut benda gini. Walaupun Allah tak bagi la 'ALI' si Irman, tapi Allah bagi Ali Imran bebetul datang, aku pon cakap, bertuah betoi Ali dapat bakal isteri lemah lembut. (Irman dengan Imran pon dah nak dekat dekat... dah kenapee kan..)

Okey lah, cerita dia Ali dah jumpa la Fatimahnye kan? Husband aku pesan, mintak tu molek gak. Mujur mitok hok molek. Gaha, laaa mana la nak pi tau siapa Ali. Aku memain cakap je.. Itulah kisahnye, suka aku menulis harini, rase kembang kembang bunga dihati. Sebab harini je dah setel payment dan update no tracking dekat customer, aku ready je nunggu next customer ni.

Till then.

Doa yang terdetik pun Allah makbulkan.
Apatah lagi jika kita minta bersungguh sungguh.?