11/09/2016

Pengalaman Bersalin Dan Dot Dot Dot


Jam 1.19 pagi nampaknya menunjukkan aku sedikit "free" dengan ketiduran kedua-dua orang kekanak di atas katil. Nampaknya Nusrah sedikit behave malam ini dan senang pula ketiduran, letih bermain seharian, barangkali, Hajat buka komputer nak buat sedikit clean up namun nampaknya menerjah jua ke laman sempit Kak Nughui dan Kak Sarah.

Berikutan cerita Kak Sarah dengan kopinya yang melimpah ruah dalam microwave, aku pula petang tadi bancuh kopi tapi tersalah ambil nescafe kepunyaan ayahande. Disebabkan bekas nescafe tu sebijik dengan IndoCafe aku. Mamai teruk sangat, kot! Yea, aku dah lama dan teramat lama dalam pantang daripada minum nescafe sebenarnya, sesejak boikot alkisahnya, walaupun amat sukar bagiku yang penggemar kopi, namun aku tidak-lah memilih kopi apa yang ingin diminum. Minum apa adanya.

Okeylah, melalut sampai kemana-mana je.

Nak kongsi cerita bersalinkan Ulfah. Selain menceritakan detik-detik Ulfah dilahirkan, adalah molek sekiranya aku cerita pasal mengandungkan Ulfah dulu. Kah!

Jadi, seawal Disember 2015 lagi aku dapat tahu tentang mengandung 5 minggu (mengikut estimation aku dari tarikh period) lebih kurang 2 minggu sebelum sambut tahun baru gitu. Tanda-tanda sama macam mengandungkan Nusrah, period turun setitik lepas tu esok tak ada apa pun, ceritanya dari Asar, Magrib ke Isyak aku tak solat. Subuh tu aku ragu-ragu tapi aku mandi wajib la jugak solat Subuh, dah rasa macam aii, lain macam je.

Gais, aku tak tunggu lama dah, terus buat UPT. Kah! Aku tak mengalami kelewatan period, sebab masa turun darah setitik tu, memang dalam minggu aku sepatutnya datang bulan. Jadi, begitulah alkisahnya. Banyak perkara yang berlaku, toklaki dapat kerja Singapore, dapat hijrah sekejap di Penang, oh ya kisah aku masuk wad sebab pengsan, kesnya aku syak sebab aku makan kerang atau ikan bilis manisnya madu, uwu uwu, korang tahu sepanjang 5-8weeks pregnancy aku macam tak ada alahan apa-apa jadinya aku ni bertambah ragu dan hari hari aku tanya toklaki, betul ke mengandung, takde alahan pun, pening pun tak.

Kisahnya lepas tu terus masuk wad. Seminggu. RM70++ melayang sekejap. HAHA. Insaf la jugak sebab sebelum tu kemain lagi, sekali Allah bagi, nah kau senyap sekejap. Pastu aku memang pengsan lah, memang early pregnancy aku jenis tak boleh bangun, baring tidur je. Aku dari sini syak baby aku baby girl. Kah! Tapi kalau korang baca ni, tolonglah berterima kasih dengan Tuhan jadikan kita sebegini rupa, dah cuba kalau kau jenis yang memanjat, melompat, tapi masa tu janin kau baru nak jadi, macam ini-lah sebesar-besar perkara Allah lindung kau, insya Allah. Gitulah pada pemikiran aku.

Dalam hati aku galak nak gi basuh baju, Kekeke.

Okeylah. Cerita dia, toklaki aku mula kerja dalam bulan 4 di Singapura. Tinggal di Johor. Lebih kurang stabil kewangan toklaki aku, aku pun berpindah ke JB, rumah sewa di Larkin dengan toklaki. Tapi dalam sebulan lebih je. Sebab dalam minggu ke 32, doktor scan perut, katanya kepala bayi aku tumbesarannya tak berapa positif. Kecik. Doktor nak refer hospital pakar, redho ajelah.

Kami pergi KPJ. Scan lagi. Sama. Air ketuban sikit. Doktor suruh pergi KL jumpa specialist tapi mengikut budget aku rasa baik aku tunggu doktor klinik kerajaan refer aku ke hospital. Bla bla bla, aku pun fikir tak perlu puasa sebab air ketuban sikit, lepastu berat statik jer 53-54-53, raya terus balik Kelantan dan berhajat stay sini sampai bersalin. Belum kes kereta rosak di Bentong jam 2.30 pagi. Masa tu aku ingat aku dalam 33 minggu.

Dan terjadilah kisahnya, aku kembali check up di Klinik Kota Bharu, lepas tu doktor terus refer pakar, sebab kepala baby masih kecik, isk isk isk. Laju jugaklah tindakan KKB. First gi dewan bersalin then the next week nye tetiap minggu aku berulang ke klinik pakar, dan juga check up biasa. Uwu uwu uwu.

13/8/2016 - jam 9 malam gerak gi dewan bersalin sebab baby kurang gerak. Masa ni aku dah 38 minggu tapi tak ada tanda-tanda pun lagi. Masuk wad lagi, tidur ajelah sambil makan nasi goreng kampung sebab lapar teramat sangat. Kah! 14/8/2016 aku pun discaj. Masa ni toklaki balik sebab cuti empat hari peh lepas tu dapat extend sehari lagi atas sebab kemasukan aku ke wad. Oloh. Bahagia manusia itu. 15/8/2016 hantar toklaki gi stesen bas, jam 8 malam. Huhu sedihnya haritu.

Esok tu, jam 2.30 pagi aku bangun dan mandi sebab panas. Hehe. Solat Isyak dan tahajjud semua pakej, lepas tu aku main main hp. Sambil tengok wasap mana tahu toklaki nak mesej tapi mesti dia pening dalam bas, sangkaan aku jelah tapi memang pun dia tidoq. So aku decide untuk tidoq balik dan tidurlah aku dengan aman sampai 5.37 pagi. Hehe, aku jenis tengok jam setiap kali bangun. Kalini bangun sebab sakit perut okey, jadi aku pun melepaskan hajat hajat tertunda ka apa ka dalam perut pagi tuh. Sempat jugak dengar azan masa tu. Lepas tu solat Subuh sebab dah mandi kan? *angkat kening*

Masa ni Nusrah bangun jugak, tapi aku rasa sakit perut ni lain macam-lah. Aku sempat hantar Nusrah ke bilik sebelah sebab ada nenek lepastu siap roger nenek, rasa lain je ni. Hahaha. Aku masuk bilik lepastu aku peluk bantal wehhhh sebab sebelum ni aku baca pengalaman bersalin orang lain dalam blog. Kenapa diorang share camtu, aku pun buat jugak T_T Sadis jugak kalau jenis suka tiru gaya orang lain. Aku peluk bantal sebab nak kurangkan rasa sakit. Dulu dulu mak aku pesan kalau sakit perut gi peluk bantal mengerekot, padahal mak aku nak suruh aku tidoq. Tapi nampaknya tips tu berjaya sampai aku umo 27 ni. Tapi mak, tak berjaya untuk sakit perut nak beranak T_T

Lepas tu, aku rasa macam nak berak, aku pun nak masuk toilet, aaa, lepas tu nenek (mak mertua) ada dalam tu, laju laju aku lari ke tandas lagi satu jauh sikit dari bilik, dengan menahan sakit. Aku bukak seluar je penuh darah, aaa, aaa, aaa. Ini sah, sah. HAHA.Masa tahu turun darah tu, otometik sakit tu melampau lampau, kah! Tapi aku boleh rasa contraction aku dalam selang 1-2 minit gitu. Uwu. Cecepat aku bagitau mak mertua aku, lepas tu aku tukar pakai pad, kain batik, baju lengan panjang, apa semua, tudung bersalin (tudung ni Aton bagi sebab dia cakap muka dia tak sesuai pakai padahal aku tahu dia kesian aku asyik pinjam tudung dia, bahahaha).

Aku pun bawak segala barang bayi, duduk dekat luar sambil aku menahan sakit. Nenek rupanya solat dan pakai baju wahahahaha, sabar ajelah, aku siap tolak pintu pagar punya nak tahan sakit. HAHAHA. Lepas tu terus pecut ke dewan bersalin. Aku cuma bawak buku pink aje, IC semua time ni memang sukar untuk dijumpai. Masa daftar tu..

"IC?" tanya penjaga kaunter.
"Tak jupo cari, nak beranak dah ni.." balas aku. Penjaga kaunter suruh masuk je tanpa halangan.

Masuk tu aku dengan muka berkerut kerut tahan sakit duduk tempat menunggu. Lepas tu misi situ tanya. "Awok nak banok doh ko? Muko ppeluh tu.." "Ho sakit ni.." "Awak naik atas katil, check ve dulu.."

Pergh masa aku berdiri tu rasa nak teran weh. "Doktor saya nak teran dah ni.." aku jerit. "Awak jangan teran lagi." masa aku berdiri rasanya aku teran sekali, haha, naik atas katil, air ketuban pecah, check ve, os full. Bukan bukak 4-5cm weh, penuh doh. Amboi laju terus kelakuan doktor misi situ lepas jerit os full. HAHA aku tengah tahan sakit ok time ni. Lepas tu baru masuk labour room sebenar.

Masuk tu kena la bukak baju, barang kemas apa semua. Masa ni maaf lah jam semua nampak kabur yang jelas dimata, seorang doktor nak cucuk jarum kat tangan, dalam masa sama misi suruh teran. Aku konfius, doktor kata jangan gerak, sebelah tangan kiri aku dah pegang keting dah. Sudahhhh. Lepas cucuk tangan tak berjaya, doktor suruh teran dulu, aku pun konfius lagi. "Saya tak rasa nak terannnn pun!" protes aku. Misi marah lagi, "Hey anak awak nak tubik doh ni, teran" Misi marah kaw kaw ye, lepas tu aku cuba la teran sekali, dua kali, lepastu misi suruh stop... "Dah kenapa pulak suruh stop.." Aku rasa macam ada something keluar. Eh.

Tetiba ada seorang bayi diletakkan atas aku. Misi tadi yang marah marah kan, terus lemah lembut je cakap. HAHA. Sebenarnya diorang takdelah garang, dah kau taknak teran apesal. Hehe, best tak? Alhamdulillah, jam 7 pagi aku selamat lahirkan seorang lagi puteri diberi nama Ulfah. Lepas semua setel aku baru teringat takde orang azan dan iqamatkan bayi. Jadi aku azan dan iqamat. Tak tahu la boleh ke tak, tapi aku buat jelah.

Terkezut jugak toklaki bila dia taip status nih, mak mertua komen aku masuk LR dah.

Belanja gambar. Kiri Nusrah, Kanan Ulfah.


Mungkin orang akan cakap aku bersalin mudah, huhu, kalau diikutkan, Nusrah jam 5.30am lagi ke hospital dan bersalin 6.15am. Ulfah pun timing lebih kurang sama. Kalau orang selalu tanya, apa amalan, serious takde amalan khusus. Baca Al Quran dan zikir. Selebihnya, aku selalu tanya toklaki aku, maafkan dosa dosa aku dan doakan aku deliver dengan senang. Aku rasa, tak ada doa dari lelaki ini, aku bukanlah siapa siapa. Aku ni jenis cakap lepas, kurang bersabar, dah lah kurang bersabar, kurang daya tahan lagi, cepat letih, mengantuk dan sebagainya, kah. Ya, tips aku cuma satu, tolonglah seteruk mana pun sebagai isteri, jangan malu mintak suami doakan. Biarlah suami kau bukan ustaz, bukan PU sekalipun. Doa suami paling power. Aku selalu mintak dia maafkan aku sebab aku suka bagi dia sakit hati T_T Huhu. See tanpa lelaki ini, siapalah aku. Eh, maksud aku, siapalah Nusrah dan Ulfah. Hihihi. Sekian cerita daripada aku :D

Nanti aku nak mintak toklaki aku baca. Sebab aku tau dia kurang membaca blog aku. Sesenang je nak kutuk hahaha. I love you Abg!





2 comments:

  1. wow. hehehe. eh da abis pantang ke? bleh plak minum kopi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baca dalam belog dibolehkan kopi kakakaka cuma concern anak je la. Ada efek anak susah tido if mengopi ni. Tp so far Alhamdulillah oke je ulfah

      Delete