18/06/2016

Soal Hati


"Susah betul kalau apa apa yang melibatkan soal hati," keluh seorang teman.

Semalam, entah kenapa, cuba la menegur seorang teman lama tapi sokmo dibalas hambar. Tak tahu lah sama ada perasaan je ke atau memang betul betul berlaku. Tegur member lama yang sorang lagi, okay je. Positif. Sembang sakan. Cuma belum berkesempatan nak berjumpa since sebelum kahwin lagi :)

Lately, macam terbaca baca tentang zuriat dan sebagainya, tiba tiba terjentik jugak lah dalam hati, sebab kadang-kadang happy dengan own pregnancy, tapi happy sendiri sendiri (tak tahu lah macam mana orang lain interpret sebab tak reti pulak nak gi belek hati orang). Happy sebab nikmat pregnancy. Tapi disebalik pregnancy, kerja rumah still kena buat, anak masih kecil dan need 200% of attention kena jaga, memasak, berpuasa & juga nak maintain hb ni, tekanan darah rendah and so on so forth, orang tak nampak, kot. Tapi kena cerita ke benda ni semua?

TAK SEMUA YANG KITA PANDANG INDAH ITU "INDAH BELAKA"

Tips dari sudut hati ini. Kepada yang masih belum berpacaran, tak ada bf gf, no need to worry sebab dalam berjuta juta manusia yang kekal membuat dosa menghampiri zina, Allah telah mengizinkan kamu untuk lebih dekat dengan Allah, jauh daripada dosa ini. Lebih dekat dengan ibu ayah, pahala khidmat kat parents, Allah melapangkan dada dan memurahkan rezeki (sihat, keberkatan masa, masa yang berkualiti dengan keluarga, kerjaya, duit barakah..etc)

Nah, kepada yang belum berkahwin, masih mencari-cari, kan Allah bagi nikmat sahabat sekeliling kamu, jiran tetangga yang baik, family yang hip hip horray, semua ada disekeliling kita. Boleh berkhidmat dengan teman teman, bawak ke jalan yang lebih baik, attend majlis ilmu, tidak disibukkan dengan hal dunia (seperti nak selalu tengok wayang atau main bowling atau karaoke - which aku rasa bazir je dulu dulu time student wat natang ni, atau sibuk nak plan trip melancong bla bla bla, huhu) rasa nikmat keluar daurah, gi katibah ke, tadarus ramai ramai, makan dalam talam. Nah. Syurga dunia Allah kasi you! Silap haribulan jumpa makcik ni terus berkenan kat you terussss nak masuk meminang lol.

Yang dah berkahwin, masih belum punya anak. Ada seorang teman sudah hampir 5 tahun berkahwin, masih belum dikurniakan anak tapi positif sangat dan kehidupan beliau cemerlang. Banyak membantu orang, ada pekerjaan dan perniagaan tetap, isterinya pula masya Allah sangat lembut peribadi (kalau cakap dengan wife dia terus aku pun jadi ayu ayu weh) insya Allah aku doakan memang penyejuk mata buat dia tapi dia tak ada anak. Dosa ke tak ada anak? Dia banyak sumbangkan masa dalam kerja dakwah, optimumkan hujung minggu menolong orang susah dan seminar, street dakwah (isterinya) nah nah nah. Dia bijak! Manakala, orang orang yang berkahwin dan mempunyai anak ternyata fasa awalnya anak kecil membataskan proses proses ini berlaku.

Aku teringat, tentang video yang dishare oleh kakak ipar semalam, tentang rumah labah-labah. Bakpe perumpamaan nih untuk orang yang berumahtangga. Supaya kita selidik, labah labah ni rumah dia paling rapuh sekali. Sifat labah labah bila rumah siap yang betina akan makan si jantan. Ketika lahirnya anak labah labah, anak anak pula akan memakan ibunya. Nah. Cantik kan perumpamaan yang Allah buat. Supaya kita ni kaji dan berfikir... supaya kita hidup berumahtangga, kita observe apa lagi yang boleh diperbaiki.

Suka dengan kata kata Ebit Lew, berlumba lumba dalam memberi khidmat. Begitulah kita dalam kehidupan seharian. Allah kerdil sangat rasa diri ni. Sejak akhir akhir ni, Nusrah nak tidur kena bacakan sesuatu kat dia. Biasanya Abi dia bacakan terjemahan Al Quran, sampai dia tertidur. Dan proses yang sama pada siang hari. Aku dalam proses nak menyahkan gadget daripada Nusrah, jadi semalam aku baca surah Taha. Allah. Bacalah dengan suara perlahan, serious menitik air mata. Hari ni, surah Al Waqiah memang berjurai airmata. Baca maksud dia ja 😢😢😢

Sungguhlah klorox paling hebat ialah Al Quran. Huhu doakan aku berjaya untuk letakkan Nusrah menjadi kanak kanak yang tidak dependable sangat dengan gadget. HAHAHA haritu ada bincang nak send Nusrah belajar Singapore. Interesting tapi macam perlukan extra kerja. Tapi sekolah di sana bagus. Tahfiz dia, Allah... amboi berkeinginan tinggi. Apapun, semoga hajat diperkenan Tuhan. Sebab dari kecil ni nak melentur apa adanya. Huhu.

Okey panjang ke entri soal hati ni? Sama sama la kita tajdid niat kita.

siskahaidan
terinspirasi lepas baca surah Al Waqiah tadi


1 comment: