19/04/2016

Passion


3 hari yang lalu antara pencapaian yang boleh dibanggakan diri sendiri ialah menyelesaikan misi Rantau 1 Muara (trilogi Negeri 5 Menara) yang aku pinjam dari seorang teman nun jauh di negeri Selangor. *ketawa kecil* Mungkin inilah saatnya untuk buku-buku tersebut diterbangkan kembali ke negeri asalnya semula. Sobs, sedih dan pilu juga hati ini.

Antara ketiga-tiganya, semuanya termasuk tiga kategori fasa-fasa kehidupan penulis sejak daripada sekolah - universiti - pekerjaan & perkahwinan - yang mana aku fikir ada sebab mengapa pada tahun ini baru aku diizinkan Allah untuk kembali membaca buku, sungguh tertarik dengan isi buku yang terakhir ini. Syukur alhamdulillah buat para graduan yang tidak merasa lelahnya mencari kerja selepas graduasi dan alhamdulillah buat para graduan yang merasa lelahnya mencari kerja selepas graduasi.

Sejujurnya - aku dulu tidak susah mencari kerja, bahkan sebelum tamat belajar aku sudahpun bekerja, alhamdulillah. Tapi Allah merencanakan aku berkahwin sekitar selepas 6 bulan bekerja, dimana aku lebih senang untuk tinggal bersama suami dan melepaskan pekerjaan tersebut *oh sweet sangat* tetapi harus diingat itu adalah proses setelah kami berbincang dan memikirkan bahawa latar belakang pendidikan aku dalam bidang Perakaunan agak mudah mencari kerja. Ya, mudah mencari kerja tetapi agak bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. 

Disebabkan terlampau inginkan title suri rumah, maka sebenarnya aku pun ambil endah-tak-endah je misi pencarian kerja ditambah pula dengan morning sickness yang agak ketara pada ketika itu, aku sudahi langkah ini dengan berehat-rehat sahaja dirumah. Baca buku, baca Quran, main handphone, internet, mengajar Add Math dekat kawan twitter, itulah, basically kehidupan aku. (Usrah takde lagi masa nih, sebab entah, aku pun malas nak ambil tahu masa tu...)

Sekembalinya aku ke Kelantan, tak tergerak pun nak kerja dengan begitu mendalam sekali tetapi ayah dapatkan aku bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta milik kawannya di tengah bandar Kota Bharu. Bagi aku okay, skop bekerja pun sedikit berbanding di Shah Alam dan tidak rumit, gaji juga tak seberapa. Beberapa bulan pertama nampak seperti biasa, tapi lama-kelamaan aku bertekad untuk keluar daripada situ. Setiap hari aku maklumkan dekat kawan di Selangor, "nak berhenti kerja kak. nak berhenti kerja, nak berhenti."

Allah makbulkan doa yang aku sebut sebut, genap setahun kemudian, tapi dalam keadaan aku agak menyayangi kerja aku. Aku suka kerja akaun, dengan harapan satu hari nanti aku ada pejabat fizikal dan klien aku, mengikuti syarat-syarat dalam menyediakan akaun, bukan datang bersimpuh-simpuh, tapi datang dengan dokumen yang lengkap. Tetapi, mungkin aku ditakdirkan untuk menjadi orang yang kurang bergaul dengan teman sepejabat. The same goes to the next job - aku menyukai rakan sepejabat tetapi membenci pekerjaanku. (Benci bukan sebarang benci, tetapi pekerjaan aku ada sumber tidak halal dan aku tidak mungkin mahu makan dari rezeki yang tidak halal... dan perlu dipertanggungjawabkan di sana kelak...)

   Kata penulis ini, "find what you want to do and do it". Temukan apa yang ingin kamu lakukan dan lakukan itu. Dan yang lebih penting lagi katanya, "love what you are doing". Cintai apa yang kamu lakukan. (R1M - ms 111)

Ya mungkin, aku mencari passion aku sendiri dalam bekerja. Nikmat sebulan bekerja bersama usrahmate. Jatuh cinta barangkali dengan dunia jahitan, tapi ternyata lebih banyak juga yang aku tidak tahu. Entah, mula mula suka lama lama jadi takut pula. Hmm. Untuk sekarang mungkin belum terlambat untuk mencari passion masing-masing dan prioriti sebagai orang yang dah berkahwin pasti pada keluarga.

P/S : Selalu tak tahu macam mana nak ending sesebuah entri, tapi begitulah, dah lama entri ini berada dalam draft, tapi biasalah pabila diganggu si kecil Nusrah. Hehe.

Selamat mencari passion anda!

No comments:

Post a Comment