24/03/2016

Yang Tidak Terjangkakan


Sebulan yang lalu, aku dan Inche Esan telah berbincang untuk pulang ke Pulau Pinang -- sementara menunggu proses S Pass Inche Esan dan SNB beliau selesai di Singapora dan juga menolong Bapak di Ropewalk - dan kelihatannya awal bulan Mac, beliau menerima emel daripada HR dan tarikh mula bekerja ditulis 21 Mac 2016.

Memikirkan keadaan Nusrah yang perlu di-handle seorang diri, Pulau Pinang yang sangat panas sampaikan sehari mandi boleh bilang banyak kali dan makanan yang perlu dibeli saban hari akibat dapur yang telah ditinggalkan - mungkin sejak daripada zaman belajar UiTM lagi, rumah dimasuki pencuri (sungguh celaka!) tetapi begitulah pemikiran seorang emak yang biasanya overthinking dan boleh menukar keputusan within 5 seconds dengan tiada doubt lagi, ingin pulang ke Kelantan.

Mungkin juga ditambah, sejak perkahwinan tahun 2013 yang lalu, seorang menantu dikatakan lebih selesa untuk tinggal bersama mertua berbanding ibu (tiri) sendiri. Kelantan kelihatannya lebih menenangkan, mungkin. Suasana, mungkin. Dan juga, WiFi. Hihihi :D Sejak berkecimpung dengan program dropship, keperluan untuk interaksi dalam talian itu menjadi perkara wajib!

Nak jugak share yang sekarang diri ini berkecimpung dalam dunia jahitan - jahit tshirt. Wah, begitu mengujakan! Best sebab most all the time memang menjahit dan memotong - juga menetas benang - sehingga tak tertengok waktu waktu yang terlepas. Cuma, aku boleh katakan, aku memang gemar menjahit (lagi kalau ada mesin yang banyak sebegituuu) dan berminat lagi untuk mendalam dalam bidang marketing! Kalau tak ada job, macam mana nak menjahit?

Masa awal, rasanya menjahit memang memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi. Dan tak mudah nak hasilkan baju, jadi padanlah memang upah jahit ni mahal!






Dan dalam bidang jahitan, paling tak terjangkakan untuk menjahit T-shirt! Alhamdulillah atas peluang! Sebenarnya nak cerita pasal jahitan je, tapi melelong-lelong masya Allah. Semoga Allah kurniakan kita sesuatu yang kita minat dan boleh menjana wang dan rezeki untuk meneruskan kehidupan insya Allah.