15/12/2015

Selangkah Ke IMKK


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terima kasih Tuhan sebab bagi peluang untuk join IMKK Disember 2015. Daftar lebih kurang sebulan yang lalu, masa attend Klinik Usahawan dekat KTC Kota Bharu. Seriously, masa tu memang bukan ada duit nak pergi, tapi aura DAO kot kuat sangat acaner tah boleh korek-korek duit simpanan untuk pergi.

Err. Err.

Juga untuk pengetahuan aku bakal berhenti kerja 31 Disember 2015 nih! *lompat kegembiraan*

Err. Err.

Cuma nak cerita yang IMKK ni best sangat input dia, sangat kurang masa tidur dan banyak kali sakit kaki, kejang betis, sakit pinggang, tapi input dia Masya Allah. Benda dah tahu dah, tapi DAO main kasar sikit, macam asyik tebuk tebuk perasaan kita yang dah tahu tu.

Paling terkesan, "ellllleeeeeehhelelelelelelelehhh" sambil lidah dia turun naik turun naik tu.

Dalam diri manusia ni memang ada biawak biawak yang sentiasa nak kita jangan buat sesuatu yang lain daripada yang lain, nak kita stay at comfort zone, nak kita sentiasa samaaaa je, alasan dia, supaya tak terdedah risiko, jadi kita sokmo fail untuk meningkat anak tangga, kita stay paras yang sama sedangkan keadaan di luar kita sentiasa mengasak-asak kita, tapi kita MESTI akan rasa, "oloooooooooooooh, lek luuu sapkok luuu."

Ok. Itu aku yang tambah.

Nak jugak cerita jerih payah nak ke IMKK, first of all, memang assumption orang yang cakap kelas DAO mahal. Memang mahal, tapi ilmu dia tak setanding yang kita bayar. Orang gila macam DAO je akan share gila gila gila gila pengalaman dia, kelebihan dia, ilmu dia, maklumat dia, teknik dia, ya. Seriously.

Seriously, masa awal-awal bagitau nak attend IMKK, aku dah down dah dalam jiwa. Memang pun, sekeliling sangat tak supportive, atmosphere dia sungguh hambar. Somehow, aku kekadang akan layan perasaan sengsorang sebab tak ada orang nak dengar cerita aku, or else aku bukak blogger.com tapi sudahnya aku tak taip mendeeee pun.

Dalam IMKK, ada Tuan Kabul, dia share pengalaman dia. Dia cuma pesan, "KORANG KENA BUAT JE" kalau tak buat, takkan ada result. Ceritanya sangat best. Aduss, masih teringat-ingat. Secondly, tak ada orang nak jaga Nusrah. Ke hulu ke hilir aku cari orang untuk jaga Nusrah. Huhu T_T Sedih sebab tak ada orang sudi, kawan pulak available sehari je, sebab ada mukhayyam. Tapi sebab Allah nak jugak bagi aku gi kan, huhu, over plak bahagian nih, mukhayyam tunda bulan 2. HIKHIKHIK!

Alhamdulillah ~ Memang terasa sangat. Terasa sangat sangat.

First second day tu ada la feeling feeling panas baran tu, third day tu kurang lah sikit walaupun dalam hati memang rasa nak marah jugak. Boleh meroyan tau kalau tak dapat jumpa anak, sedih, kecewa, apa Nusrah duk buat, memang kekadang Nusrah menjengah di minda ummi ha gituuhhhh ~ Sebab tak pernah attend seminar sampai lewat malam. Happy ending.

Banyakkk sangat kena buat dan sekarang, aku cuma nak tunggu 31 Disember 2015 untuk tamatkan perkhidmatan aku sebagai cleaner di sini. Tak lama lagi nak jadi cleaner dekat company sendiri. Eh eh eh excited! Hihihik. Semoga Allah guide kita semua dalam path Dia. Aku memang suggest sesangat sesiapa yang nak attend IMKK. One thing je dia pesan, tak semua orang berjaya, tapi semua orang yang buat akan dapat sesuatu. Ada orang gi IMKK, dia dapat belajar cara solat yang khusyuk. Dia dapat mendalami doa-doa dia, dia rasa connected dengan Tuhan.

Connected :)


No comments:

Post a Comment