24/11/2015

Mimpi Mimpi Realiti


Hmm. Semalam belek-belek blog Kak Sarah, kengkononnya nak ambik inspirasi-lah sangat, tup tup menerawang sampai blog orang lain. Kihkihkih :D Minggu lepas, aku masuk wad (first time warded sepanjang hidup didunia ini - exception daripada bersalinlah kan) lagi lagi dekat KPJ. Hihik. Excited ada, takut pun ada sebab bil dia ada la mencecah RM3K. *menangis air mata hijau* tapi alhamdulillah itu semua PRUBSN cover. 

Nasib tak menyesal sebab last year ada feeling nak stop takaful

Okay, itu bukan ceritanya, nak cerita pasal haritu pergi Klinik Usahawan dekat KTC Kota Bharu anjuran Dr Azizan Osman, bolehlah, sangat banyak benda baru belajar, which is, memang dah belajar dah tapi buatnya enggak pun. Best kalau praktik untuk orang-orang usrah, kena sangatlah tapi tindakannya belum lagi tercipta, aicewah gitu.

Nak pendekkan cerita, dalam klinik tu, dan tetiba rasa macam pesakit, aku boleh simpulkan, walaupun kita berniaga dan ada produk, tapi sekiranya kita tiada ilmu, tak guna juga. Dan bila kita ada ilmu, tapi kita tak ada tindakan, maka lagi teruklah gamaknya sebab kita ada ilmu. Bolehlah nak dikatakan, kita ada mad'u tapi kita takdak ilmu nak tackle mad'u kita, pun tak boleh, betul kan. And sekiranya kita ada ilmu pun, kalau kita tak ada tindakan, pun tak boleh jugak. Ehehehehe.

Sentap jugak dengar Dr Azizan kecek depan tu. Rasa nak baling kepala kat dinding.




Lepas tu, lepas tu........ Ok lepas tu, insya Allah akan ke IMKK selepas ini. Ecewah. Gituh jela. Sebenarnya aku nak cerita, pasal sayang sebenarnya. Tadi, aku baca buku Chenta APG, walaupun dah pernah baca cerpen dia dalam blog, tetiba je ada orang bagi buku ni, maka untuk mengisi masa lapang since pagi tadi, maka, aku pun menelaah buku dia. Dok baca part, sayang lillah tu, antara ikhwah la. Yang berkasih sayang gitu. 

Tapi sebenarnya, aku tak leh nak hadam sangat perasaan sayang tu, kekadang tu rasa sayang sebab kita satu usrah (emm, boleh ke?) ataupun kekadang tu rasa sayang sebab dia murobbi kita punya usrahmate, haaa, boleh ke boleh keee? Hehe, ok mengarut. Sebenarnya, dari dulu lagi aku cari definition kawan baik, sahabat akrab, dan sebagainya tapiiiiiiiiiiii tak pernah jumpa contoh yang sesuai.

Sehinggalah terbaca sirah Rasulullah, cemana Rasulullah dan sahabatnya. Aku dapat rasa yang tu adalah contoh yang aku cari selama nih. Dulu aku pernah di brain wash dengan cikgu Fizik aku, dia cakap best friend tak wujud, ko gi sekolah then habis sekolah ko akan jumpa kawan lain, gi universiti orang lain, gi kerja orang lain. Jangan salah faham okey. Aku macam percaya tapi ada gak lah tak percaya. Yalah, di sekolah je, aku ada geng kelas, geng olahraga, geng puteri Islam *weee*, ada geng sekolah rendah, geng menari hati kama, wey. Banyaknya geng hang.

Takde pun yang lekat sampai sekarang. Semua buat hal sendiri ja. Cuma geng hati kama tu ada lagi lah, rapat gitu-gitu jer. Tapi nak cerita lagi, time kawan ni la, kita macam sayang gilaa kat kawan kita, sampai apa dia buat pun kita tiru, apa yang kita buat pun dia tiru, boleh kata macam ada la perangai yang sama walaupun minat berbeza. Gituh. Ex naqibah dulu siap tegur kalau Nad ada mesti Nurul ada. Wakaka. Benci I. Sampai sekarang aku rasa, aku tak leh nak lupakan kak Nughui yang buat aku terjebak dengan dunia dakwah tarbiah yang aku sekarang suam suam kuku ini. Beliau dah meroket.

Aku nak jugak cakap, jangan berhenti la mencari something. Kalau tak harini, lagi 10 tahun baru Allah akan jumpakan kita dengan apa yang kita cari. Dan sebaiknya, kita carilah Allah. Carilah Allah dalam hati kita. Allah itu dekat. Kalau mak still ada, maka akan aku celotehkan segala benda dekat mak pasal kawan aku, sebab dari dulu lagi mak memang tau la kawan kawan aku dari pesen mana.

Oklah. Nak tutup cerita. Tunggu marka mai amek sat.

KPMKB
24/11/2015
5.10pm


No comments:

Post a Comment