13/10/2015

Pernah Tak..

Eh, lama tak update. Tak bagitau pun dah kerja cleaner dekat butik sendiri kan sekarang? Aik, sejak bila ada butik? Ehhhh adalah, impian masa sekarang. Gittew. Kalau member-member aku tanya, memang aku jawab aku kerja cleaner ja sekarang, sebab aku memang suka cleaning nih. Lol.

Semalam Abe Yie (tempat kerja dibutik) tegoq dan cakap Mok Nik rajin basuh cawan sendiri. Lepas tu, tadi pagi aku macam teringat, aku terlupa basuh cawan kelmarin. Haih. Pagi-pagi sebelum masuk butik terus rasa frustration yang teramat.

Haritu zauj tegoq bini buat ayaq sedap, lepas tu bancuh ayaq terus terkurang manislah, terlebih ayaq lah, dan sebagainya. Tiba tiba aku rasa macam aku tak boleh la ditegoq sedemikian rupa. Kalau puji lebih sikit, terus rasa lupa and okay bye bye Nik Nad.

Sebenaqnya bukannya ingat apa kebenda pun, tapi sebab, *sigh* sebab rasa macam pujian tu tak kena lah. Patutnya kita kena kata Hadza Min Fadli Rabbi. Tapi awat tak kata dan sebagainya. Haih. Mengeluh lagi. Letih jugak kerja mengeluh niha.

Kesimpulannya, takmau lah kena tegoq ka puji ka, tapi saja nak bagitau Ma tegoq jerawat naik teruk sekarang. Kot kot jerawat nak hilang ka cemana? 

ps. sedih betoi jerawat naik berketoi ketoi
ps lg. best sebab bulan depan nak sambung belajar jahit dengan usrahmate yaw!
ps ps lg. alhamdulillah 'ala kulli hal

mmuahx.

No comments:

Post a Comment