18/10/2015

Berkebun.


Pagi Jumaat yang lepas, setelah menghasut Inche Esan untuk turun ke halaman rumah (baca : tanah) kami sempat menyapu dedaunan yang gugur bergelimpangan bahagian pasu bunga Ma. Aku dapati Ma sungguh kreatif dengan menanam bunga dalam periuk nasik lama. Ha-Ha-Ha-Ha.

Inche Esan memulanya sedikit pok-pek-pok-pek kerana terpaksa melakukan proses pembersihan disamping menemani Nusrah yang kelihatannya sungguh aktif berjalan di pagi hari itu. Namun pada pemerhatian aku, habis dibuangnya daun daun yang tersekat di dalam pasu bunga yaw. 

Aku melompat girang dalam hati. (Em, cemane tu?)

Sedang aku bertepuk tangan melihat Inche Esan yang sedang bertungkus lumus (aku berada di buaian bersama Nusrah) tiba tiba Inche Esan melepaskan ludahan yang padu terhadap salah satu pokok antara pasu pasu milik ibu mertuaku.

Pandangan mataku yang tajam bertemu mata Inche Esan yang sepet sepet itu.

"Pokok-pokok ni perlukan air," kata Inche Esan bernada tenang.





16 Oktober 2015


No comments:

Post a Comment