29/10/2015

Ayah.


Hehe.

Antara perkara yang best setelah berkahwin, selain bersuami, kita juga akan dapat Ibu baru, Ayah baru. Hihi. Ayah aku, (ayah kepada suami) antara yang aku adore selain Bapak. Persis Bapak juga, kerjanya tak pernah berhenti. Ayah lebih banyak habiskan masa di masjid, sesuai dengan tugasnya, seorang Imam.

Ayah banyak sembang, berbual, tapi aku seringkali acuh-tak-acuh, tiba-tiba nak touching sebab aku sangat sangat ralik dengan henpon, ish ish ish.

Hehe.

Tapi kalau dengan Bapak lain cetenye, puas dah tarik perhatian Bapak. Biasanya gagal macam biasa. Hmm. Rindu Penang, sebenarnya. Huhuhu :") Cuma, kalau tengok Ayah sure akan ingat Bapak, sebab dulu-dulu, suka mintak duit, mesti Bapak bagi. Gi shopping je padahal. Huuuuuuuuuuuuuuuuu. 







18/10/2015

Berkebun.


Pagi Jumaat yang lepas, setelah menghasut Inche Esan untuk turun ke halaman rumah (baca : tanah) kami sempat menyapu dedaunan yang gugur bergelimpangan bahagian pasu bunga Ma. Aku dapati Ma sungguh kreatif dengan menanam bunga dalam periuk nasik lama. Ha-Ha-Ha-Ha.

Inche Esan memulanya sedikit pok-pek-pok-pek kerana terpaksa melakukan proses pembersihan disamping menemani Nusrah yang kelihatannya sungguh aktif berjalan di pagi hari itu. Namun pada pemerhatian aku, habis dibuangnya daun daun yang tersekat di dalam pasu bunga yaw. 

Aku melompat girang dalam hati. (Em, cemane tu?)

Sedang aku bertepuk tangan melihat Inche Esan yang sedang bertungkus lumus (aku berada di buaian bersama Nusrah) tiba tiba Inche Esan melepaskan ludahan yang padu terhadap salah satu pokok antara pasu pasu milik ibu mertuaku.

Pandangan mataku yang tajam bertemu mata Inche Esan yang sepet sepet itu.

"Pokok-pokok ni perlukan air," kata Inche Esan bernada tenang.





16 Oktober 2015


13/10/2015

Pernah Tak..

Eh, lama tak update. Tak bagitau pun dah kerja cleaner dekat butik sendiri kan sekarang? Aik, sejak bila ada butik? Ehhhh adalah, impian masa sekarang. Gittew. Kalau member-member aku tanya, memang aku jawab aku kerja cleaner ja sekarang, sebab aku memang suka cleaning nih. Lol.

Semalam Abe Yie (tempat kerja dibutik) tegoq dan cakap Mok Nik rajin basuh cawan sendiri. Lepas tu, tadi pagi aku macam teringat, aku terlupa basuh cawan kelmarin. Haih. Pagi-pagi sebelum masuk butik terus rasa frustration yang teramat.

Haritu zauj tegoq bini buat ayaq sedap, lepas tu bancuh ayaq terus terkurang manislah, terlebih ayaq lah, dan sebagainya. Tiba tiba aku rasa macam aku tak boleh la ditegoq sedemikian rupa. Kalau puji lebih sikit, terus rasa lupa and okay bye bye Nik Nad.

Sebenaqnya bukannya ingat apa kebenda pun, tapi sebab, *sigh* sebab rasa macam pujian tu tak kena lah. Patutnya kita kena kata Hadza Min Fadli Rabbi. Tapi awat tak kata dan sebagainya. Haih. Mengeluh lagi. Letih jugak kerja mengeluh niha.

Kesimpulannya, takmau lah kena tegoq ka puji ka, tapi saja nak bagitau Ma tegoq jerawat naik teruk sekarang. Kot kot jerawat nak hilang ka cemana? 

ps. sedih betoi jerawat naik berketoi ketoi
ps lg. best sebab bulan depan nak sambung belajar jahit dengan usrahmate yaw!
ps ps lg. alhamdulillah 'ala kulli hal

mmuahx.