01/09/2015

Antara Kemahuan Yang Engkau Syukuri.

Kemahuan, kehendak, nak-nak-nak sangat, atau dalam kata yang beliakkan mata, kenafsuan, adalah antara subjek pilihan sis hari ni, ya sis, siskahaidan.

Dalam sehari-hari, (baca subjek kajian ialah sis), selalu saja ada yang diamkan, pendamkan, catukan, sorokkan, buat taktahu-kan, tak diendahkan, atas sebab sebab kehendak yang meluru sifatnya. For example, sering sahaja mengeluh ketidak-cukupan untuk membeli itu dan ini (napsu sebenarnya hiks) dan paling obiyes, tak boleh bagi banyak kat parents.

Selalu sering dan amat sedih perihal ini.

Walaupun bila emo atau bila marah atau bila touching tak pasal (em ye isteri je yang ada masalah cemni) pasti akan melangkah keluar daripada rumah untuk have fun kekadang, kami berdua tidaklah having much fun tapi secara peribadi aku rasa glad (ALHAMDULILLAH) for having him (and Nusrah of course :p)

One very good friend of mine, berkongsi kisah suka dan duka dengan aku, unlike me, she is still single, not taken and yes masih lagi di bawah tanggungjawab ibubapa. Yang kekadang, aku turut feel sad kisah dia. Betul-lah orang kata, kita belajar from others experience as well (secara tak langsung).

Antara kemahuan yang tidak tertunai yang aku syukuri, mungkin :')

Aku sebenarnya taknak ada aura negatif untuk member aku, sebab aku tak nak lah end up nanti dia frust, sedih berpanjangan, atau banyak lagi kesinambungan dia. Aku nak bagi nasihat pun, aku pun bukannya best sangat experience. Lol.

Antara sajesen aku, kita kena turn back dekat Tuhan. Mintak lagi, lagi, lagi dan lagi dekat Tuhan. Aku tak tau nak kata apa, but ada satu insiden tu, aku terpikiaq something awful lepas tu, terus cepat cepat dalam hati berbisik Nauzubillah Min Zalik. Taktau kenapa, that feeling went away. Rasa macam, memang free thinker eh bukan rasa macam flying away gituh.

Dan kena solat malam lebih giat (eh?) Hahaha lepas tu aku pertikai jugak (dalam kes ini aku nak ingat-kan member aku), sebab aku ingat lagi kegigihan kami dalam soal bangun malam, puasa dan jaga solat dulu, tapi kami berdua tidak semewah rakan-rakan lain :p tapi what makes me wonder somehow, apa lagi nikmat yang lebih besar bila Allah izin bangun malam? Nikmat mana kita nak dustakan 😢

Sejujurnya, perkahwinan bukan lah ending, it is just beginning. Aku sendiri kehilangan seorang teman yang buat aku sama sama kuat satu ketika dulu, yang puasa bersama, qiam bersama, ingat mengingatkan, lepas aku pergi, aku tahu yang kami akan diuji. Em. Allah nak uji apa yang kami amal selama ni, cukup kuat tak untuk kami istiqomah. (Tak semua lelaki itu ikhwah yaw, dan ikhwah tak semestinya kuat?)

Aku serba kekurangan, sungguh. Usrah aku tangguh. Bangun malam aku tinggal. Kawan aku? Melaju meroket meninggi. Aku terus merudum, sebab sepanjang berkahwin dan tinggal disini, aku terlalu diracun dengan trilogi bekerja-kerajaan-baru-hidup-senang dan dipandang-orang. Allah. Sedih sangat hati aku. Menangis tepi bucu katil yang rosak sebab banjir.

Huhu.

Aku tahu, kawan aku sedang mencari. Tapi aku pun tak boleh tolong, sebab aku takde kenalan lelaki single. 😧😧😧 Ikhwah lagi ler takde. Ya ampun. Cuma. Insya Allah masanya akan tiba. Zauj aku bukan ikhwah. Hmm. Mengaku bukan ikhwah sebenarnya agak perit bagi aku 😦😦😦 tapi aku sentiasa doakan agar dia berubah satu hari nanti.

Antara kemahuan duniawi yang tidak tertunai? Aku bersyukur untuk menjadi lebih baik insya Allah. Kawan kawan, saya sedang mencari jodoh buat sahabat saya. Boleh tak contact saya kalau ada? :)