21/07/2015

The 10th Hour :')


"Learn to let go. Not everyone in your life is meant to stay."

Dua hari yang lalu, tangan aku begitu lincah menyentuh cermin tidak berpunat telefon pintar. Membaca itu dan membaca ini sedang otak begitu ligat memutar memori tahun pertama aku berusrah di Bandar Anggerik. Aku menyelak lembaran lalu, mencari-cari titik pertama perkenalan kami, ya di RFC Shah Alam Seksyen 7. Serentak dengan itu, kami ditakdirkan untuk bergabung dalam kumpulan usrah yang sama dan akhirnya tinggal di rumah sewa yang sama. Walaupun rumah kami bukan RI, tapi sedikit demi sedikit kami cuba untuk menjadi seperti RI (kekok benar tatkala aku menaipnya --)

Aku pasti, 1 Syawal 1436 menjadi Syawal yang sungguh syahdu menerima berita pemergian dia buat selama-lamanya bagi kami. Siapa sangka, pemergiannya sungguh mudah dan tanpa kami berada disisinya mahupun dapat melihat dia buat terakhir kalinya sedangkan saat dia hidup, dia sentiasa membantu kami, berada disisi kami, berusaha untuk menolong kami dan paling tidak pun menghantar semangat kepada kami! Allah... Sayunya hati aku mendengar berita ini.

Nurnadia Mohd Takyuddin.

Mengangkat tema the man that decided to change at 12th hour dies on the 11th, pastinya membuat kami sekali lagi sebak melihat buku kegemaran Kak Nadia itu. Persis watak Chad yang meninggal dunia pada 1 Syawal, Kak Nadia juga sama! Dalam hati, kuot you are what you read seolah-olah menjadi nyata buat aku.


Ketika sambut hari lahir Syafiqah dulu


Kak Nadia sangat suka tolong orang. Kalau nak gi usrah ke, program ke, daurah ke, dia orang pertama akan offer untuk ambil datang dan balik, usahkan begitu, kalau nak pinjam kereta dia, dia takkan teragak-agak nak bagi, takde nak tergagap-gagap bagi alasan itu ini, masya Allah just like her twin Kak Diana. Walaupun nampak bekeng, namun they both share this sweet personality :') Satu ketika, aku pernah tweet tentang harga petrol yang naik-naik-naik tapi tak turun dan pahala yang diraih oleh orang-orang yang menyumbang untuk ambil aku pergi balik usrah semua ni, dalam kepala aku memang teringat Kak Nadia!







Pernah satu ketika..

"Akak, kenapa buku akak jadi macam tu sekali?" tanyaku separuh menjerit sebab terperanjat melihat keadaan buku yang hampir lunyai itu. Dia hanya senyum segaris. "Takdelah Nad, buku ni dah enam kali akak khatam, sebab tu jadi macam ni, hehe," balasnya bersahaja sambil menyambung membaca buku itu lagi.



Antara perbualan yang masih basah dalam fikiran saya. Siapa sangka, dalam usia 27 tahun, Kak Nadia dijemput Ilahi dahulu. Allah. Sungguh mudah pengakhirannya, tanpa siapa pun menyangka. Sungguh, mati itu rahsia Allah! Nadia Takyuddin, ex housemate, ex usrahmate, dan ex partner as naqibah di Shah Alam dulu. Rajin menelaah video yang menarik utk dikongsi saat usrah kami dahulu. Banyak berhempas pulas dalam usaha dakwah tarbiyah. Kak Nadia yang saya kenal, seorang yang bersemangat!


Kak Nadia juga antara yang banyak menyumbang masa dan tenaga masa majlis pertunangan dan perkahwinan saya dulu. Juga meminjamkan kereta untuk kami suami isteri akibat tertinggal bas di Shah Alam dulu untuk majlis menyambut menantu di Kelate dulu. Hmm. Banyak tolong kakak saya decorate hantaran, kemas rumah dan sangaaaaatttt banyak lagi 

😢😢😢😢😢


Pernah menulis nota ingatan kepada kami (saya dan Kak @anakwakusop) untuk wake her up for tahajjud, semasa tinggal sebumbung di Seksyen 4 dahulu, membuat hati saya agak sentap sebab gemar beribadah nafsi nafsi gitu. Gemar belanja kami, tidak berkira dan sangat kreatif juga menyumbang idea idea yang sangat menarik.

😢

Pernah berprogram berusrah berdaurah bersama, 1000Jiwa1Hati di Masjid Negeri Shah Alam, yang saya ingat, beliau sangat tegas menegur lelaki yang masuk ke bilik perempuan histeria, sanggup berhenti kerja sebagai chemist (kilang buat gam) sebab ada kontrak dengan kilang arak. Allah. Kekuatan untuk membantah perkara-perkara yang nampak sipi kan. Bercita-cita untuk backpacking ke Australia. Pernah ke Broga bersama. Rindunya Kak Nadia. Kak Nadia. Kini benar benar backpacking selamanya bertemu Dia. Allah sayangkan akak. Innalillahiwaiina ilaihi rojiun. Semoga akak tenang disana.


“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” 


2 comments:

  1. Liked!
    Sebab sy pun byk termakan budi dengan beliau yg kini sy hanya mampu membalas dgn doa shj...��

    ReplyDelete