01/04/2015

Yogurt, Masin dan Manis.


Saat ini, barangkali semua orang lagi mikirin hal GST atau mungkin tentang video baru Mat Luthfi. Namun, entri ini ditaip pada tarikh 2 April 2015, jadi, mungkinkah ini tentang pasca GST? 

*geleng kepala*

Sebetulnya, suami pada minggu ini benar benar sibuk mengusahakan yogurt buatan sendiri yakni sering saja diminum isteri, adik, ibu ayah dan anak saudara. HA-HA-HA. Tapi barangkali suami gembira kerana kelihatannya tidak terjentik wajah letih dan lesu bila yogurt yang diusahakan suami saban hari, tidur tak menentu tapi yogurtnya habis ditelan kami (baca: ahli rumah).

*senyum senyum kambing*

Kalau diikutkan, suami sangat sangat sukakan masakan yang masin. Kalau bagi kita, ia dah terlalu masin, namun bagi dia, sungguh hambar masinnya. Jadi setiap kali masak, kena extra masin. Mak mertua pulak darah tinggi, serba salah jiwa ini kadang-kadang. Well, kadang-kadang biar mak mertua masak, sebab komfem komfem suami makan mak mertua masak. HE-HE-HE.

Jadi apa sebenarnya?

Nak diceritakan kisahnya, suami buat yogurt yang masam semasam-masamnya. Dia juga boleh makan yogurt plain yang masam giler, sambil ajar Nusrah makan dan budak kecil itu apa yang dia tahu? Dia tahu MAKAN saje. Aduh. Muka suami beriak bangga sebab dapat ajar budak kecil Nusrah makan yogurt masam.

Waduhai.

Jadi semalam yogurt suami, isteri tolong tambahkan air gula untuk diri sendiri dan mestilah manis sebab isteri suka manis manis manis. Suami mencebik seperti biasa, tak mahu minum yogurt yang diubahsuai isteri. Kfain. Juga mahu share semalam sibuk masak daging black pepper yang pada pandangan diri sendiri, ianya rasa dan bau seperti daging masak kicap. 

Huu.

Untuk Tatapan Kalian

No comments:

Post a Comment