02/03/2015

Nusrah Nak Gi Mana?


Aku : "Nusrah, kalau boleh hafal dengan baik surah An Naba' ummi bawak gi mana-mana pun Nusrah nak pergi." kataku bermuka kental.

Nusrah : "Betul ni Ummi?" 

Aku : "Iyelah!" masih bermuka bangga.

Nusrah pun dengan lajunya membaca dengan begitu sempoi dan baik sekali. Sesekali terangkat kening Umminye ini. Hem. Aku terbatuk kecil.

Aku : "Alhamdulillah, comelnyeee anak Ummi."

Nusrah : "Hee, Ummi betul ni buleh gi mano mano ko?" tak puas hati lagi Nusrah bertanya.

Aku : "Yep, nak gi mana sajaa ~ Nusrah nak gi mana?"

Nusrah : "Ummi, Nusrah nak gi sorga. Boleh?"

--

Hmm. Perbualan rekaan pada masa akan datang. Hmm. Tapi dah start berpeluh mulai sekarang. Entah bisa atau tidak aku mengadun langkah anak-anak ke sana. *lap peluh* Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

No comments:

Post a Comment