05/03/2015

Aku Suka, Ke?


Aku suka benar kalau duduk sengsorang. Boleh menjerit (ish ish), boleh terguling, boleh baring, boleh lompat (tak sopan k!). Aku kekadang ada jugak feeling nak lepak dekat tepi gaung ke, so that boleh la aku buat aktiviti tak bertauliah seperti menyanyi ke, ha. Apa punya hajatkah cenggini. Sekarang macam nak curi masa during lunch hour, slow slow nak habiskan satu juzuk tapi aku tabley ah ada interruption. Rasa menggelegak marahnye. Tersinggung hati i okay. Tetiba.

Aku ada baca few books yang bolehlah membuat minda ini terisi, soul pon sikit sikit terisi (terisi-kah?) tapi masih lagi belum berisi. Eh. Best sebenarnya tapi nak mengamalkan apa yang dibaca, masya Allah dahsyat juga. I am truly inspired but I wish I am strong just like them or more than the successful people did. But I believe they had been through a very long experience. Challenging, perhaps.

Aku.

Aku tanya apaa khaaabarrr?? 

Aku tanya apaa khabar?

Aku tanya apaa khabar... Imanmu?

Walaupun tahu iman yazid wa yankus, hihi, namun asyik terskip usrah ini apa cete bhai. Cube cerita. Kesnya macam macam kes. Sejak berkahwin, berada di Kelantan, baru merasa nak berusrah. Suami, Alhamdulillah, okay je dengan usrah. Dia pun ikut usrah disini. Tapi kadang-kadang aku rasa macam segan silu nak bagitau mertua nak ke rumah naqibah untuk usrah. Ini, aku tak suka. Perasaan aku je ke ni?

Orang kata, time dah berkahwin + ada anak jadi macam tough untuk usrah. Hihi. Itu pentingnya berkahwin dengan orang sefikrah (lagi bagus dalam satu jemaah - ini aku yang cakap) yang mana pentingnya kalau suami dah biasa dengan program atau handle program bahkan lebih baik, like wey, ingat senang ka nak cari ikhwah cenggitu, ikhwah dahle seciput. Dahtu, engko kawin dengan yang ikhwah newbie engko pandai-pandai le bentuk. Kehkeh. Tapi bagi aku, itu adalah cabaran yang insya Allah Dia akan tolong aku nanti.

Hehehe.

Aku sedang merasainya, saat saat mem-futur-kan diri sendiri. Seriously, aku kena kuat sebab ada tanggungjawab satu ni yang penting yang amat. Macam mana eh nak fahamkan family sendiri tentang usrah ni. Guys, kita tak duduk dekat dunia untuk lepak dekat alam maya, ye dok. Huhu. Tapi bila ada anak & suami ni, rasa macam beso gile tanggungjawab. Geng. Kalau nak kawin setakat nak i love you, you love me, baik jadi ordinary people. (Eh, ko extraordinary ke?) 

Aku ordinary people jugak, but a little, kita nak jugak buat apa yang Rasulullah dan sahabat baginda bersungguh-sungguh dalam dakwah ni. Jadi kena kuat juga, hmm tapi rasa tak kuat ni. Don't go down baby :D

No comments:

Post a Comment