25/03/2015

More Than A Message





Jzkk. I know we all had that kind of feeling. Hew.

Membuku.


Aku bukanlah penggemar buku (eh!) maksud aku, aku bukan gemar membaca buku pada asalnya. Aku juga bukanlah krew jebakan buku seperti mana orang-orang lain, yang membuku ketikanya. Bhaha. Okay. Disebabkan aku gemar membaca blog (atau blog walking ada ketikanya) seringkali jelly menjelly bila someone yang boleh menulis persis sebuah buku yang hebat. Dan pastinya sebelum beliau bisa menulis, membaca buku adalah agenda prioritinya. Kalau tak, gimana mahu menulis?

So, Umairah Shafei adalah salah seorang penulis yang aku minat. Lepak di blog dia saja buat aku tak sedar dengan sekeliling. Guess what, rasa macam everytime baca, terinspirasi. Jadi tak perlu endahkan aku sebab dah banyak kali dekat office aku termangu sengsorang dan buat buat tak nampak orang lain sebab ralik baca. Heh.

Kali ni, boleh salahkan Kak Nughui sebab ada satu habit dia berkunjung ke kedai buku. Aku pun tak faham but then bila baca buku ni baca buku tu, jadi macam banyak idea nak tulis ini nak tulis itu. Dia la penyebab aku terjebak ni. Cuma perlukan banyak masa untuk membaca lagi. Sekarang mungkin tak sehebat dulu, tapi hopefully Kak Nughui masih tidoq dengan kitab kitab beliau, sebab sekarang aku dah ada "kitab" yang perlu dibelai dan dijaga, kehkehkeh.

Thanks sebab buku PPT 1-3 sekarang sudah berada di dakapan but trust me masih belum sempat nak habiskan lagi sebab buku-buku lain sedang beratur untuk didakap. Hihi. Semalam, 24 Mac 2015, ada usrah tapi aku attend sorang aje, dan naqibah pinjamkan buku. Dah lama aku usha buku ISK tapi naqibah aku inform sekarang 00 dah tak perlu melalui ISK, SJ, SH semua. Aku rasa macam sedikit sedih sebab aku banyak gather maklumat dari ISK.

Sedih jiwa ini.

Sedikit sebanyak nak mula membaca balik. Well, tadi aku sengaja baca tafsir surah dekat Nusrah, masya Allah budak kecik memang truly excited dengan Al Quran whatever language I read to her. Sebab semalam dia tengok tv dekat sangat, sengaja bukak 30 minit bersama Ustaz Don, kebetulan dia tengah main but suddenly kalih bila Ustaz Don baca Quran. Oh kita yang tua ni pon belum tentu nak belajar. Tasewnyew.




Banyak boleh belajar daripada anak kecil. Nak praktik apa yang Kak Nughui ajar anak-anak untuk kenal buku, baca buku dan banyak lagi. Tapi maknye kene praktik dulu. Mak perlu membuku sekarang. Hehehe. Anyhow pun. Ngee. 



Jazakillahkhoir Kak Nughui for the book :D


08/03/2015

Program Qiyam, iJunior.


6-7 Mac 2015, Ikram Junior Guchil Bayam, Kota Bharu

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Billion of thanks to Allah for choosing me and Nusrah (hehehe) into this memorable programme (this is my first Qiyam I attended in Kota Bharu). Part of it, a bit awkward because Nusrah wasn't there when I had my first Qiyam jama'ie in Shah Alam back then.

Awal mula pertama mula, instructor banyak ingatkan tentang Tajdid Niat. Huhu, I believe this is important, sebab niat ni kalau tak betul, free free ja melayang kot mana sebab takdak hala tuju, and all we get in the end is only PENAT (nauzubillah). 

What a beautiful reminder :)

Al kisahnya. Awal pagi Isnin, aku bangun, dan aku mengeluh. Sebab missed tahajud. Hem. Siang harinya, sedang syok browse Facebook, ada orang share ini. Terus masuk insaf mode. Hurm.


Esoknya Selasa, pagi pagi bangun, macam gittew juga. Tapi petang tu ada usrah, dan naqibah ada inform pasal program qiyam ni. First nak buat di Desa Sakinah Kuala Krai (kalau nak tau, Desa Sakinah ni antara usaha IKRAM dalam menyediakan tempat perlindungan sementara mangsa banjir) and aku macam tak boleh nak join sebab jauh jugak plus zauj kerja.

Rupanya tak jadi dan ditukar buat dekat area Kota Bharu je. Usrah petang tu tak boleh attend jugak asbab aku tengok dalam group whatsApp senyap kemain, aku balik kerja husband gi bersukan, ibu ayah keluar gi mengecat rumah, aku macam, em. Haduh. Takkan nak turbiks dengan Nusrah cenggitu je. Al kisahnya, my zauj pun tersalah faham. Gua punya sedih sampai cakap tak dak pengisian like so long, I'm so sad. Buat teruk.

Esoknya, bangun lagi. Hmm. Missed lagi. Kali ketiga and gua cakap slow slow, Ya Allah, aku taknak gapo doh, nok kuat bangun male jah. Buleh la, buleh la, please, please. (Terlintas cenggitu dengan penuh laju) Dan. Alhamdulillah Allah izin pi program qiyam kat KB. Pagi tu terbangun sebab sakit peyut. Ekeke.

Tapi paling terkesan masa tazkirah.

"Alhamdulillah, Allah bagi keizinan untuk kita hadir, kami ni hanyalah perantara, yang hanya mengajak, tapi yang menggerakkan hati kalian, hanya Allah. Semoga kita dihindarkan daripada orang-orang yang memberi alasan, yang sentiasa mengelak, mencari-cari sebab untuk kita tidak hadir..."

PAANG.

Kbye.



05/03/2015

Aku Suka, Ke?


Aku suka benar kalau duduk sengsorang. Boleh menjerit (ish ish), boleh terguling, boleh baring, boleh lompat (tak sopan k!). Aku kekadang ada jugak feeling nak lepak dekat tepi gaung ke, so that boleh la aku buat aktiviti tak bertauliah seperti menyanyi ke, ha. Apa punya hajatkah cenggini. Sekarang macam nak curi masa during lunch hour, slow slow nak habiskan satu juzuk tapi aku tabley ah ada interruption. Rasa menggelegak marahnye. Tersinggung hati i okay. Tetiba.

Aku ada baca few books yang bolehlah membuat minda ini terisi, soul pon sikit sikit terisi (terisi-kah?) tapi masih lagi belum berisi. Eh. Best sebenarnya tapi nak mengamalkan apa yang dibaca, masya Allah dahsyat juga. I am truly inspired but I wish I am strong just like them or more than the successful people did. But I believe they had been through a very long experience. Challenging, perhaps.

Aku.

Aku tanya apaa khaaabarrr?? 

Aku tanya apaa khabar?

Aku tanya apaa khabar... Imanmu?

Walaupun tahu iman yazid wa yankus, hihi, namun asyik terskip usrah ini apa cete bhai. Cube cerita. Kesnya macam macam kes. Sejak berkahwin, berada di Kelantan, baru merasa nak berusrah. Suami, Alhamdulillah, okay je dengan usrah. Dia pun ikut usrah disini. Tapi kadang-kadang aku rasa macam segan silu nak bagitau mertua nak ke rumah naqibah untuk usrah. Ini, aku tak suka. Perasaan aku je ke ni?

Orang kata, time dah berkahwin + ada anak jadi macam tough untuk usrah. Hihi. Itu pentingnya berkahwin dengan orang sefikrah (lagi bagus dalam satu jemaah - ini aku yang cakap) yang mana pentingnya kalau suami dah biasa dengan program atau handle program bahkan lebih baik, like wey, ingat senang ka nak cari ikhwah cenggitu, ikhwah dahle seciput. Dahtu, engko kawin dengan yang ikhwah newbie engko pandai-pandai le bentuk. Kehkeh. Tapi bagi aku, itu adalah cabaran yang insya Allah Dia akan tolong aku nanti.

Hehehe.

Aku sedang merasainya, saat saat mem-futur-kan diri sendiri. Seriously, aku kena kuat sebab ada tanggungjawab satu ni yang penting yang amat. Macam mana eh nak fahamkan family sendiri tentang usrah ni. Guys, kita tak duduk dekat dunia untuk lepak dekat alam maya, ye dok. Huhu. Tapi bila ada anak & suami ni, rasa macam beso gile tanggungjawab. Geng. Kalau nak kawin setakat nak i love you, you love me, baik jadi ordinary people. (Eh, ko extraordinary ke?) 

Aku ordinary people jugak, but a little, kita nak jugak buat apa yang Rasulullah dan sahabat baginda bersungguh-sungguh dalam dakwah ni. Jadi kena kuat juga, hmm tapi rasa tak kuat ni. Don't go down baby :D

02/03/2015

Nusrah Nak Gi Mana?


Aku : "Nusrah, kalau boleh hafal dengan baik surah An Naba' ummi bawak gi mana-mana pun Nusrah nak pergi." kataku bermuka kental.

Nusrah : "Betul ni Ummi?" 

Aku : "Iyelah!" masih bermuka bangga.

Nusrah pun dengan lajunya membaca dengan begitu sempoi dan baik sekali. Sesekali terangkat kening Umminye ini. Hem. Aku terbatuk kecil.

Aku : "Alhamdulillah, comelnyeee anak Ummi."

Nusrah : "Hee, Ummi betul ni buleh gi mano mano ko?" tak puas hati lagi Nusrah bertanya.

Aku : "Yep, nak gi mana sajaa ~ Nusrah nak gi mana?"

Nusrah : "Ummi, Nusrah nak gi sorga. Boleh?"

--

Hmm. Perbualan rekaan pada masa akan datang. Hmm. Tapi dah start berpeluh mulai sekarang. Entah bisa atau tidak aku mengadun langkah anak-anak ke sana. *lap peluh* Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.