17/02/2015

Titiknya Bukan Kepalang.


Permulaan entri yang penuh krik krik.

Sebenarnya, bila aku tengok drama dekat tv, mesti ending dia macam best-best. Tak terlupa juga result yang member member share bilamana stress, buang stress, jumpa Tuhan dan ending dia Masya Allah. Aku selalu sibuk nak follow follow geng geng yang betul betul straight to Tuhan dengan rileks dan bersahaja dari segi luaran, dan end up memang happy gile.

* Aku sifatkan ending happy giler sebagaimana aku tidak pernah merasai kesusahannya dan please jangan tiru perangai sebegini, he he he *

Berbalik kepada itu semua, aku pernah merasakan yang aku buat ini semuanya hopeless dan juga useless, disebabkan turun naiknya kehidupan serta iman. Aku selalu mengharapkan kehidupan yang best tanpa perlu memikirkan apa-apa tapi itu hanya dalam rangka kepala aku saja. Hakikatnya, Allah juga Maha Tahu.

Kadang-kadang kehidupan ini sungguh stress bilamana perlu mengikut kemahuan orang lain. Tapi entah dalam keadaan sedar atau tidak, itu adalah ujian buat aku. Dimana, orang lain itu juga adalah ujian buat aku. Barangkali aku lupa sesuatu. 


Aku fikir, life ini tak sweet kalau takde mehnah. Takde rasa, payau, aku percaya semua melaluinya. Hatta yang kelihatan seperti senang, ada duka yang sedang dia lalui. Please respect others, aku malas nak cakap, aku tulis jelah. Sebab kalau cakap kuat tapi tak buat, awak boleh blah. #justsaying

Alhamdulillah. Aku dikurniakan seorang suami yang girang walaupun bekeng kekadang, tapi at certain times, dia lagi boleh berfikir secara waras berbanding aku, subhanallah sebab memang Allah ciptakan perempuan penuh dengan emosi, kihkih dan lelaki ini lebih berakal, ya mungkin. Cuma tang dia berebut Nusrah dengan aku, tu aku takleh tu. Eh.

Hopefully, anyhow pun, aku seronok sebab aku tahu aku kena usaha sikit lagi sebelum Allah nak bagi yang sebetul betulnya untuk kami. Takpelah penat sikit dekat dunia ni, kan kan. Insya Allah. Tenangkan hati sebab, siapa lagi nak tenangkan hati kalau diri sendiri tak mampu nak control.

Titiknya, bukan kepalang. Ye, bukan kepalang. Allah AKAN bagi titik ending yang happy, sebab selagi belum happy haha, itu bukan ending. Nad, Nad, yakinlah dengan Tuhan. Please.

No comments:

Post a Comment