04/02/2015

Suri Menyuri


Bismillah.

Pada tanggal 5 Februari ini, sudah 537 hari aku menjadi suri hati, suri jiwa, suri segala suri muri kepada Inche Ihsan Intan Payung mak iloi iloi. Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. Terasa selain menjadi segala jenis suri, sekali sekala, aku juga pernah mungkin menjadi duri buat beliau. Sungguh aku berasa demikian. Huhu.

Berbalik kepada entri Interview, dengan dukacitanya aku memaklumkan bahawasanya aku belum berpeluang untuk berada di PPA, hihi. Mungkin juga belum sempat bercerita tentang interview aku bersama Inche Ihsan di Penang. Apapun, Alhamdulillah sebab dengan ini membuatkan aku untuk terus kuat dan kuat mencari kerja lain disamping berniaga yang *walaupun* entah apa-apa aku jual. Hihik. Aku kena yakin bahawasanya rezeki itu milik Allah dan rezeki aku takkan dicuri oleh sesiapapun.

*senyum terharu*



Namun, bukanlah kisah ini yang ingin aku bebelkan seperti biasa. Tapi, nak juga menyelit, macam biasalah. Hihi, ada satu hari, aku yang teringin bebeno nak buat kek, lantas terpandang tepung kek segera di dapur mertuaku milik kakak iparku. Ha, panjang kan intro. Dalam hati telah membuak buak dah perasaan, lalu aku pun wasep kakak ipar. 

Dalam dok sibuk membancuh, datang juga Inche Ihsan lalu lalang dekat dapur. Aku apa lagi, mestilah ambil kesempatan. Tak senang hati tengok suami senang lenang cenggituha. Hehehe.

Aku: "Abang, tolong amik tray nak bakar kek."
Inche Ihsan: "Dekat mana?"
Aku: "Tu tu, dekat situ" sambil aku tunjuk ke arah tray kek
Inche Ihsan: "Okay, abang letak atas meja"

Disebabkan aku takdela nak nengok sangat, aku pun meneruskan kerja kerja membancuh kek dengan penuh bergaya. Selesai bancuh, *biasalah kek segera jadi takdelah lama sangat* aku pun tengok atas meja. Mencari tray untuk letak kek, untuk dibakar. K, fikiranku buntu, mulut aku dah tak tertahan lagi. Terpaksa facepalm selama beberapa saat. Sampai terketawa sedikit menjengkelkan akibat telah digeletek hati ini. Ish ish.

Dah guane nak letak kek atas tray sebegini ha?


Sekian kisah suami diwaktu luang. Aduh. 



No comments:

Post a Comment