24/02/2015

Sesekali.


Sesekali aku terasa macam seorang ibu yang super maha busy, sesekali terasa macam bujang trang tang tang, sesekali terasa macam poyo koya je. HAHA. Disebabkan dalam group whatsApp yang kian meriah saban hari, terasa macam nak update belog hari-hari.

Korang kenal Pijah? HEE.

Sejak berkahwin, rasa macam semuanya berubah. Wakaka. Em, seriously, dah kurang tumpuan kepada buku. Dah tak banyak selongkar blog orang kecuali blog ini. Eh. Yup, sangat kurang. Cuma masih berbekas dalam ingatan di Johor dulu suami ajak pergi mall dan sempat menjengah ke Popular dan membeli buku bertajuk Salina karya A. Samad Said. Ada perincian sejarah sikit buku A. Samad Said, dan berjaya habiskan dalam tempoh yang agak lama juga.

Majalah Jom! pun lama sangat tak beli. Huhu, kesedihan tahap apakah ini? Tapi baru baru ni menjengah ke blog Umairah, rasa macam terbuild balik jiwa raga dengan tulisan dia. Dah lama gua tak berpuitis cemgituha tapi rasa macam nak jadi diri sendiri dengan menulis sebegini, sebab luaran dah tak boleh nak menggila sebegitu, almaklumlah sudah ada anak, kang Nusrah hairan pulak dengan mak dia. Ye dok.

Disebabkan kelmarin internet down maha dahsyat, jadi gua brought forward kepada tarikh hari ini iaitu 25 Februari 2015, yang mana aku terasa terinspirasi bila check out tumblr Kurniawan Gunadi. Aku patut share untuk tatapan korang. Walaupun takdelah ramai yang baca blog aku, yang pasti, aku akan kembali membaca entri entri lampau pada masa akan datang, insya Allah.




Entah macam mana, aku bersetuju dengan kata-kata seperti di atas. HEHE. Pengalaman lalu memang terlampau sakit, kehkeh, disaat aku berdiri sekarang, aku boleh buat kesimpulan yang aku banyak main pada zaman kebudak-budakan dulu. Tapi, ada hikmahnya, ada hikmahnya. Hikmahnya untuk generasi masa depan, dimana AKU adalah punca untuk generasi tersebut. Better late than never. Begitulah. Jom sama-sama kita perbaiki diri. Dan proses 'bergerak' itu adalah istiqomah. Kena banyak membaca balik Nadiah! Ganbatte!


Semalam terbelek facebook, rasa macam laka-laka plak.

Ini adalah cinta.





2 comments:

  1. 21.12.09 hanyalah mimpi biasa.
    Tetapi, Alhamdulillah skrg mimpi menjadi kenyataan dgn jejaka tampan dan hebat itu pada 22.8.2013.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mimpi jadi kenyataan 17/8/2013 :) Salah tarikh tu :D

      Delete