26/02/2015

Kecukupan.


Mesti pernah baca yang mesej WhatsApp tentang Allah bagi nikmat sihat dengan sakit, sedikit dengan banyak, lapang dengan sempit, miskin dengan kecukupan. Masa tu, aku sendiri pun tergamam pabila membaca mesej tersebut tentang kecukupan yang Allah bagi. Iye, Allah tak janji nak bagi kita kaya, tapi kecukupan. Dan itu lebih baik daripada kekayaan tapi sering rasa tidak cukup. *boleh sedikit berfikir dengan tenang disitu*

Entah kenapa lately suka sangat untuk share tentang nikmat-nikmat yang Allah bagi. Sejak daripada berita kematian Tok Guru Nik Aziz, secara tiba-tiba, air mata mengalir (tidak sengaja) sebab rasa macam tak kuat berusaha sepertimana dia, atau secara peribadi tidak berusaha sesungguh sungguhnya. Walaupun tak kenal secara personal dengan Tok Guru, pernah jumpa sekali di tempat Tok Guru selalu mengajar. Huuuuuuuuu ~ Tiba-tiba, ini semua tiba tiba. Walaupun tiada apa pun yang berlaku didunia ni secara tiba-tiba.

Hakikatnya kita terkadang menzalimi diri sendiri tanpa sedar

Berapa kali kita ucap Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah beri? Alhamdulillah. Sebenarnya, rasa kerdil sangat diri ini untuk mengatakan bahawa certain things itu serba kekurangan sebab apa yang kita sedang kejar? Dunia atau akhirat? Ouch, jika terpaksa aku ingatkan kepada diri sendiri, bekal bekal akhirat itu sebenarnya kita kekurangan. Allah... Zauj ambo pesan, hatta sekecil-kecil dapat jalan laju disebabkan traffic light warna hijau itu adalah sebesar-besar nikmat. Uuu. 

Sebagai seorang isteri yang terkadang, tak lepas daripada melepaskan keluhan. Wahai zauj, terima kasih untuk segala masa yang dikau peruntukkan untuk mendengar bebelan isteri. Huhuhu, ada zauj juga nikmat kecukupan yang membahagiakan. Eherher. Kata zauj, berniatlah! Nak gi Mekah tak? Tapi, kita bukan ada duit nak kesana lagi. Niatlah dulu, nanti Allah akan datangkan pelbagai cabaran untuk kita berusaha ke arah itu. Tapi kalau tak berniat? Hem.



Allah. Terima kasih atas nikmat yang Maha Dahsyat untuk hamba yang lemah ini. Atas segala-galanya. Terima kasih atas segala kelebihan yang Engkau kurniakan, mungkin saja tidak dapat aku berbuat semuanya, moga sedikit cuma, manfaatnya tetap ada. Kenapa rasa nak menangis sekarang. Hmm.

26 Februari 2015
Pejabat Jasa Tax & Accounting Services


No comments:

Post a Comment