05/12/2014

Interview.

Bismillah.

Tanggal 30 November yang lalu, seketul Nik Nur Nadiah telah menghadiri temuduga di Pusat Pendidikan Aman di Telipot, Kota Bharu. Kalau nak diikutkan, tahun 2014 ini, aku dah pergi 3 kali interview, satu exam bertulis jawatan Akauntan W41. Ye benar, aku memang minat bahagian akaun. HEHE.

First interview di Jasa Tax & Accounting Services, dimana tempat aku bekerja sekarang. Second interview, Penguasa Kastam W41 di Jalan Pengkalan Chepa (ye memang dekat sangat dengan rumah mak mertua aku) dan yang latest, di Pusat Pendidikan Aman (PPA). Jujurnya, aku suka interview di Jasa Tax dan PPA sebab aku tak perlu study bagai nak rak, sebab basically apa yang disoal memang dalam skop pekerjaan aku sekarang. Penguasa Kastam, sejak aku tahu yang dia ada latihan di AKMAL, aku terpaksa menolak dalam hati (tak boleh nak terang-terangan).

Jasa Tax memang best, especially bila tak ada kerja. Kah! Kekadang letih jugak, tapi mengambil inisiatif untuk tidak Facebook all the time, sambil-sambil baca Quran, cuba habiskan satu juzuk setiap hari, atau setengah juzuk. Pelbagai ragam manusia bernama Nik Nur Nadiah ini. Aherher. Namun masih lagi berFacebook. Ok fine.

Pengalaman di PPA sangat best, bila masuk, ada ujian tilawah. Basically dia nak tengok sama ada bakal pekerja boleh membaca Al Quran atau tak, dan lepas tu boleh sembang sembang dengan orang-orang yang di interview pada hari itu. Kak Yuni lah paling kelakar sekali dan dia paling banyak pengalaman. Kerja di Audit Firm selama 5 tahun. So far, yang aku tahu, Kak Yuni seorang yang dipanggil bekerja. Manakala aku, di telefon dengan status menunggu. Masih blur tentang itu.

Interview PPA, yang aku cam, hanya Pengarah & Penolong Pengarah PPA. Lagi dua orang, aku tak kenal. Sebab, aku check dalam website, takde pun. Tapi, ada empat orang interviewer. Yang lagi dua orang tu banyak soal tentang akaun. Berpeluh-peluh aku menjawabnya. HAHA. Aku tipu ~

"Awak boleh kecek Klate dop? Kito nok ore kecek Klate jah,"

"Buleh kalo tersasul encik," balas aku.

"Kito ni nok Pegawai Kewangan, hok buleh handle orang bawah. Awok buleh ko nok handle orang lain? Macam-macam pe'el ado." soal seorang encik yang banyak tanya tentang akaun.

"Buleh, insya Allah," yakin tak yakin je aku jawab.

"Awok buleh ko nok wat full set of accounts ni? Buke satu jah, ado 6 buah koloh. Pah awok keno kecek nge akaun setiap koloh. Guano?"

Banyak jugak yang disoal. Lebih 30 minit ambo interview sero. Hah sudah. To be honest lagi, aku memang suka buat akaun. He He He. Jadi, full set of accounts insya Allah, aku lebih prefer guna sistem berbanding guna Excel. Tapi, apakan daya, bebelan aku disini. Aku serahkan pada Allah, semua sudah berusaha. Cuma nak get away daripada duduk dalam accounting firm sebenarnya, nak buat account yang betul-betul aku faham transaksi keluar-masuknya, betul betul aku mengerti perjalanan wang ringgitnya, dan possibly aku nak buat akaun yang betul-betul mengikut etika. Bukan etika manusia, tapi etika Tuhan.

Huhu.


I'm just terribly sad. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku yang tak terhitung dalam menyediakan penyata pendapatan. Sesungguhnya, ada perkara yang kita boleh halang, dan ada perkara yang selalu nak aku halang tapi apakan kudrat dan kuasa aku, sekadar kuli kuli jemputan. Izinkan aku menjadi tokei yang beriman dan berkhidmat lillahita'ala! Semoga rezekiku murah di PPA, mudah-mudahan!

1 comment:

  1. assalamualaikum..maaf,boleh tumpang tanya..boleh saya tahu ujian tilawah mcm mane ea yang di tanya oleh pihak PPA??

    ReplyDelete