12/11/2014

Mengumpul Semangat.

Bismillah.

Tanggal 7 November 2014 yang lalu adalah kali pertama aku sebagai seorang Nik Nur Nadiah hehehe menaiki kapal terbang. Agaknya aku terlampau noob tentang hal sebegini, jadi tak heran sangat bila suami pun pakat perli aku. Alhamdulillah. Naik kapatube gi Subang je pun, bukannya pergi England!

Alhamdulillah. First time punya experience, memang agak bengang telinga aku. Kihkihkih.

Nak dijadikan cerita, aku pun pergilah The Curve (ye untuk pengetahuan ini kali pertama aku jejakkan kaki ke The Curve walaupun duduk dekat Shah Alam hampir lima tahun!) sebabnya sudah tentulah rumah sewa aku belakang Plaza Alam Sentral satu ketika dahulu, jadi aku apesal pulak aku nak jalan kaki sampai The Curve kan.

Okay.

So disebabkan sekarang aku sudah ada seorang anak yang tidak kurang lincahnya, *cough* maka sesi pengangkatan baby aku khususkan kepada encik suami dengan alasan lengan aku tidaklah berketul dan begitu umph untuk menampung bayi berjisim lebih 8kg untuk satu jangka masa lebih daripada dua minit.

Yeay, haruslah menjadi isteri yang manjaaaa ~

Ehem. *betulkan tudung* jadi aku pun agak teruja lepas keluar Ikea dan nampak aiskrim 80 sen yelah zaman dah maju, taraf hidup sudah naik, bangunan dekat Malaysia pun dah mencakar langit, entah dari ceruk mana pulak boleh dapat aiskrim 80 sen. Perkara ini sungguh menjengkelkan aku sebab paling kurang RM1.50 juga hendak dapatkan air yogurt depan sekolah suami aku. K melalut.

Nak dijadikan cerita, aku pun kena la dukung Nusrah, nak taknak kena lah dukung jugak sebab ayah Nusrah pergi beli aiskrim, lepas beberapa minit aku dah tak senang duduk (sebenarnya aku tak senang berdiri - ulang alik and ye so on...) tah acane boleh pulak sorang kakak ni wrap baby dia bahagian depan selamba sambil makan aiskrim depan aku, em yelah, aku pun senyum sebab aku macam nak tanya mana dia beli kain yang dia belit anak dia. *dalam hati sungguh jeles*

Okay fine, kakak tu jalan manyak laju. T_T

Lepas tu, datang sorang lagi, kali ni lagi sempoi masya Allah, anak dia dok nangis - mungkin sebab kali ni kakak tu makan aiskrim punya sedap depan aku lagi k aku tipu - dia belit anak dia kot belakang. So so so so, aku pon saja mendekatkan diri dengan kakak tu.

"Kak, tu namanya ape?" tanya aku dengan penuh tak malu sambil tunjuk tunjuk kain yang dia belit belit tu.

"Ni namanya Baby Wrap," sambil senyum senyum kakak tu jawab. 

"Kat mana nak dapat ni?" tanya aku lagi tanpa segan silu lagi.

"Saya beli online je ni. Awak join Malaysian Babywearers dekat Facebook atau senang nak ingat Gendong 101, boleh cari situ, then akan ada meet up & diorang ajar how to wear this wrap," jawab akak tu lagi.

"Orait orait. Tapi saya tak stay sini, I'm staying in Kelantan. How?" tanya aku serba salah dah muka aku.

"Takpe, Kelantan pon ada geng Babywearers ni, tengok kan senang anak boleh tido siap kat belakang ni, tapi ni merengek sebab dah lama sangat," kakak tu sungguh sungguh meyakinkan aku.

"Okay, insya Allah kak. Gendong 101 ye!"

"Ye! Nanti join ye. Saya kena pergi dulu, dan nama saya Nurul Yaqin," kata akak tu lagi sambil melambai ke arah aku pastu.

"Thanks akak, insya Allah nanti saya join.."

Aku pun berhajat nak ketemu lagi kakak ni. Sebenarnya aku dah join group tu, tapinya makin lama makin dahsyat aku join group emak emak ni. Sampailah aku menelaah tentang breastfeeding ni. Hee. Aku nak start pumping balik, doakan! Sebab sekarang Nusrah dah start makan nasi yang telah diblend halus mulus, dan hajatnya nak bagi dia minum susu aku je. Aku sungguhlah jeles sebenarnya tengok orang lain pam susu sangat banyak. Dan aku adalah antara orang-orang yang memberi alasan.

Aku ini orang-orang semalam.
Semoga Allah masih bagi peluang.
Sbb susu tengah banyak!
Doakankuuuu.