23/11/2014

Kembali Ke Bulatan.

Bismillah.

Kota Bharu sedang dilanda hujan tidak berhenti. Sebulan yang lalu, aku dah start balik usrah dekat Kelantan. Keberadaan luar daripada konsistensi usrah sangat menggelapkan jiwa raga aku sebenarnya. Terkadang timbul juga perasaan malas untuk attend usrah, sebab approximately hampir setahun juga tidak menghadiri apa-apa pertemuan usrah. Huhuhuhuhuhuhuhu T_T

Ye. Sangat tidak best untuk mengalami ketidakhadiran ini. *sobs*

Pertama kali sebenarnya attend usrah dengan seorang Nusrah. Haha, agak kelakar disitu. Tak, tak. Sebenarnya nusrah sendiri memang perlu ada untuk semua ahli usrah. Jadi, nak cerita, usrah kali ni aku tak bawak Nusrah. Mungkin sebab hujan lebat. Takut Nusrah demam, tapi sudahnya, mak Nusrah yang demam.

Usrah bertarikh 18 November lalu, betul-betul mengimbau kenangan lalu. Sejak pertemuan terakhir liqa' tahun lepas, *huahua* juga tidak disertakan yang aku lari balik Penang sebab alahan yang maha dahsyat tahun lepas. Tahu tahu je aku dah ada kat Penang. Maafin saya Kak Naqibah.

Lepas mukadimah, surah Al Fatihah. Tadabbur surah Yunus ayat ke 53 hingga ayat 76. Macam biasa sesiapapun diberi kesempatan untuk kongsi ayat yang dirasakan paling umph hari itu. Senyap. Kak Das pun senyap. Aku tengok semua orang pun senyap tengok mushaf masing-masing.

"Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." (Surah Yunus, ayat 57)

Masa ni, Kak Das ceritakan bahawa Al Qur'an diturunkan untuk sekalian manusia dan tidak hanya kepada orang-orang Islam atau orang-orang beriman. Dengan kata awalan, "Wahai manusia!" daripada ayat itu. Aku sedikit terawang-awang, macam biasa, sudah tentulah terawang-awang memikirkan kejadian usrah satu ketika dahulu. Yang semuanya petah berbicara, banyak bertanya... Mungkin aku senyap dengan peringkat awangan aku yang tiba di Shah Alam. 

Sampai akhirnya kisah sahabat. SAIDINA UTHMAN.

Siapa lagi aku perlu ingat kalau bukan Kak Nughui. Ha ha ha ha. Dulu tika bicara katil, seringkali diselit-selit kisah sahabat. Seringkali dicampur dengan perihal srikandi Islam. Enaknya, bila sudah punya anak, tidak usah dimomokkan dengan kisah Barbie atau Winnie The Pooh, tapi dikenalkan dengan srikandi dan pahlawan Islam. Biar tunjang akarnya akal seorang anak kecil mengenal kehebatan Islam lebih daripada "kehebatan" yang direka manusia Barat yang indah khabar dari rupa. Ke guane?

Insya Allah.

Sebenarnya, rindu bulatan atau rindu orang bulatan?