25/11/2014

Bukan.


Insya Allah entri kali ini sedikit sebanyak untuk diri sendiri yang keras kepala. HAHA.

Sejak masuk rumah sewa akhir tahun 2011, memang secara sadisnya aku ada sehelai tudung yang sedap dipakai, warnanya hitam kekelabuan. Feveretlah masa tu. Serious. Senang kata, semua baju masuk dengan tudung tu. Ditakdirkan, rumet masa tu, Kak Nughui dengan Kak Zura. Senang cerita, dua-duanya wanita bekerjaya. Dan secara logik akal, memang biasalah orang-orang yang dah bekerja ada beratus helai baju serta tudung.

Termasuklah Kak Zura dan Kak Nughui.

Usah pertikai baju yang bergantung, berlipat malah siap ada lagi dalam beg (baju simpanan) sep sep nih. Ambui. Belum lagi setiap baju kurung yang dipakai nescaya boleh saja matching dengan tudung. Aku memang kureng sikit bahagian baju-baju ini. Baju kurung yang ada cuma enam helai, sesuai untuk aku ke kelas, mudahnya hari Isnin pakai baju kurung, hari-hari lain boleh pakai kasual. Easy go. Malas nak fikir sebenarnya.

Habislah satu sem itu. Ada pertambahan baju kurung juga sebenarnya. Sebab nasihat-nasihat Kak Nughui dan juga ada masanya menjengah ke Nagoya untuk membeli kain. Pelajaran baru dalam hidup, kain kosong mesti dibeli dengan kain bercorak.

*tercengang*

Tengah tahun tu, kena masuk praktikal dah. Baju dah banyak sikit, dan for the first time, pakai tudung labuh bulat. Hehehe, so disebabkan ada sehelai tudung warna hitam, tudung tu jugak rolling untuk hari-hari seterusnya. Mestilah basuh everyday dan dikeringkan dalam bilik ajerrrr. Mudah bukan? Akhawat mestilah berfikir secara kritis juga kreatif. 

Kak Zura pernah juga menegur, dekat office kena la tukar warna tudung selalu, nanti orang kata apa, tapi aku tak endahkan sangat sebab, entah apa pressure yang aku dapat dengan memikirkan hal tudung (lagi pula dekat office bukan ada pakwe hensem, okay fine) sebab hal-hal office bahkan lebih penting untuk difikirkan sebenarnya, kah!

"Have you ever thought about how much time you likely waste deciding what to wear in the morning? It's probably made you late to school or work more times than you can count. We waste so many precious moments concerning ourselves with frivilous details. An outfit will not change the world, it probably won't change your day."

Dan setahun pun berlalu, berlalu. Bila masuk alam pekerjaan, memang kadang-kadang terasa nak dress up maha dahsyat (tapi akhirnya ku kuburkan jua) engkorang gile ke hape nak dress up pastu naik moto. Tak kelas wey. HAHA. Segelintir akhawat juga pernah berpesan, supaya menjaga penampilan, makna kata, tidak selekeh, tidak selebet tapi menurut fahaman aku.

Sebagai seorang wanita yang fitrahnya sukakan kecantikan, aku akui yang kadang-kadang jeles sebab tak reti nak bergaya, banyak duit spend bukan kepada pakaian, kadang-kadang, haha, semua rasa berselirat, jadi sudahnya, fokus kepada benda lain, hati tak terasa nak betul-betul nak. Sebab dulu mungkin sebab guna duit sendiri. Jimat duit sebab nak kahwin. Hantaran saja duit aku semuanya. Doorgift lagi. Tak pernah terfikir kehidupan ini begitu rumit, tetibe.

But, Alhamdulilah.

Allah juga yang memudahkan kehidupan kita. Dari segala aspek. Kita juga yang meminta pada Tuhan agar dipermudahkan urusan. Bersyukur dengan apa yang ada. Benarlah kita terlalu banyak perkara yang perlu difikir & perlu dibuat yang tidak berkadar langsung dengan masa yang ada. Dan antara perkara-perkara kecil yang boleh kita kurangkan kepeningan demi kelangsungan hidup yang lebih ceria. Be yourself. HEHE.

"Life is complicated enough, don't allow the little things to dictate your happiness. Simplify, simplify."