16/10/2014

Bahagia

 
Bismillah.
 
Beberapa hari lepas, aku ada sembang dengan seorang kenalan di twitter (ye memang banyak beno kawan twitter aku nih) yang komen gambar Nusrah. Kalau tak silap, aku kenal dengan dia masa early pregnancy tahun lepas (2013). Aishah nama diberi.
 
Dia tegur, last year baby inside the perut tengah proudly kicking, tengok tengok dah besar! Woha. Aku macam ingat ingat lupa dia punya tweethandle akibat aku dah deactivate account @siskahaidan setelah sekian lamanya, sebab aku macam tak sempat nak handle semua benda, perasan busy.
 
*flips tudung*
 
Aishah pulak tengah pregnant. Ehehe. Sweet je, jadi macam biasa, sebagai ibu berpengalaman (sila muntah jauh-jauh) kami pun berkongsi resipi proses kelahiran. Ini semua koya. Sambil-sambil cakap pasal kerjaya.
 
 
 
 
 
Pada awal aku bekerja, aku selalu mengomen dengan Kak Nughui, aku bising, aku selalu kata yang nilai aku dapat tak setara dengan kelulusan yang aku ada, walhal dalam hati sebenarnya TIDAK PUAS. Sebab dulu masa fresh grad, aku dapat gaji empat angka, hidup menumpang di bumi Shah Alam. Ehehe.
 
 
 
 
 
 
 
Mungkin aku tak terbiasa dengan "gaji" yang sedikit. Masa di Johor Bahru, suami pula bekerja dengan "gaji" yang lebih daripada seorang Pegawai Perubatan di Malaysia. Hehe, sengal. Sedikit sebanyak, ada banyak perkara yang aku lalui yang aku perlu hadap setiap hari, yang lebih menggembirakan, lebih bahagia. Mungkin Kak Nughui agak stress membaca setiap bait kata-kata aku menerusi WhatsApp, ahahahaha, tapi sedikit sebanyak ia melegakan, ceh tetibe.
 
Tapi, kata Aishah, 'nilai hidup bukan pada gaji'.
 
Suami juga berkata. Bersyukurlah, kita tidak punya gaji yang banyak, tapi kita tidak punya hutang kereta, kita takde gaji yang hebat, tapi kita tidak meminta-minta, kita takde gaji yang melimpah, Allah bagi rezeki anak yang sihat, kita jugak, masih sihat. Alhamdulillah atas segala nikmat. Aku bahagia.
 
Dan dalam hati, sebenarnya aku bersyukoq gila dapat kawan macam Kak Nughui sebab walaupun dia malas nak layan WhatsApp aku, sebab aku banyak la menaip. Hehehehe. Maaf.
 
 
 
Sebagai bekas pelajar akaun, boleh kata aku ada juga buat kira-kira kalau nak berbelanja. Jadi ada certain things tu aku cuma pendamkan dalam jiwa namun akhirnya terluah jua (hehe pendam seminit je) nak ceritanya, aku ni berhati-hati sikit kalau nak mintak itu ini dekat suami. Wuahaha. Kalau nak mintak pun..
 
 
"Em, nak ambik udang dengan ikan selar kuning, boleh cook cook.."
 
 
Sudahnya, suami membeli belah agak dahsyat. Em. Bukan salah aku pun. Ok tak tak. Sebenarnya, aku cuma aneh, setiap kali aku teringin pape ke, mesti dia tunaikan. I love you abang. Nanti kita shopping lagi k. Alhamdulillah. Cuma memang perkiraan aku jauh sekali dengan apa yang suami bagi. *baling kalkulator, buku lejer, buku simpan kira, buang buang*
 
Akhir kalam.
 
Kite kene doa, supaya kerja yang kite wat, sentiasa kerana Allah, sentiasa best, sentiasa happy. Sangka baik dengan orang-orang yang sama-sama bekerja dengan kite (ini yang paling dahsyat aku ubah perspektif) dan berdoalah supaya kite ni nak love akhirat more than kite love dunia. Rasa nak zuhud, rasa nak zuhud, rasa nak zuhud. Taknak tamak nak semua benda, taknak gah membeli & menunjuk. Itu lagi kite perlu. Espeseli perempuan yang gemar shopping online. Eh, tak.
 
Dan, jangan lupa bagi kat ibubapa. Aku bagi RM100 sebulan kat Bapak.
 
Tengok Ihsan sekarang, macam ni rupanya bapak dengan aku dulu. Aku nak kaya. Aku nak tolong orang. Tolong doakan aku. Ngehehe. Akaun company sendiri pulak lepas ni, insya Allah.
 

11/10/2014

Perangat.



ukhuwah iman
moga Allah sentiasa limpahkan belas ihsan
untuk kita saling mengingatkan

*haha, ada la rindu orang shah alam*