19/12/2014

Pecah.


Beberapa minggu lepas, atau mungkin bulan lepas, ada orang cuba untuk log in email aku. Atas sebab apa, aku tak tau. Ini menyebabkan aku terpaksa tukar password dan secara otometik tak hengat password baru. 

Benci.

Lokasi dikenal pasti ialah Selangor. Aku jadi macam runsing dalam beberapa saat, tapi entahlah. Ada jugak yang buat email siap link ke email aku. Ini macam nak bagi bahan penggalak marah je dekat aku. Apa lagi privasi orang yang nak dikorek? Tak cukup ke Tuhan bagi satu kehidupan? Astaghfirullah.

Mungkin, nasihat aku, berhenti saja. Kau main dengan orang yang salah sebenarnya.

"Pada hakikatnya, move on dan ikhlas itu sepaket. 
Jadi memang tak bisa dipisahkan. 
Bohong kalau seseorang bilang sudah move on tapi belum ikhlas."
Tia Setiawati Pakualam

05/12/2014

Interview.

Bismillah.

Tanggal 30 November yang lalu, seketul Nik Nur Nadiah telah menghadiri temuduga di Pusat Pendidikan Aman di Telipot, Kota Bharu. Kalau nak diikutkan, tahun 2014 ini, aku dah pergi 3 kali interview, satu exam bertulis jawatan Akauntan W41. Ye benar, aku memang minat bahagian akaun. HEHE.

First interview di Jasa Tax & Accounting Services, dimana tempat aku bekerja sekarang. Second interview, Penguasa Kastam W41 di Jalan Pengkalan Chepa (ye memang dekat sangat dengan rumah mak mertua aku) dan yang latest, di Pusat Pendidikan Aman (PPA). Jujurnya, aku suka interview di Jasa Tax dan PPA sebab aku tak perlu study bagai nak rak, sebab basically apa yang disoal memang dalam skop pekerjaan aku sekarang. Penguasa Kastam, sejak aku tahu yang dia ada latihan di AKMAL, aku terpaksa menolak dalam hati (tak boleh nak terang-terangan).

Jasa Tax memang best, especially bila tak ada kerja. Kah! Kekadang letih jugak, tapi mengambil inisiatif untuk tidak Facebook all the time, sambil-sambil baca Quran, cuba habiskan satu juzuk setiap hari, atau setengah juzuk. Pelbagai ragam manusia bernama Nik Nur Nadiah ini. Aherher. Namun masih lagi berFacebook. Ok fine.

Pengalaman di PPA sangat best, bila masuk, ada ujian tilawah. Basically dia nak tengok sama ada bakal pekerja boleh membaca Al Quran atau tak, dan lepas tu boleh sembang sembang dengan orang-orang yang di interview pada hari itu. Kak Yuni lah paling kelakar sekali dan dia paling banyak pengalaman. Kerja di Audit Firm selama 5 tahun. So far, yang aku tahu, Kak Yuni seorang yang dipanggil bekerja. Manakala aku, di telefon dengan status menunggu. Masih blur tentang itu.

Interview PPA, yang aku cam, hanya Pengarah & Penolong Pengarah PPA. Lagi dua orang, aku tak kenal. Sebab, aku check dalam website, takde pun. Tapi, ada empat orang interviewer. Yang lagi dua orang tu banyak soal tentang akaun. Berpeluh-peluh aku menjawabnya. HAHA. Aku tipu ~

"Awak boleh kecek Klate dop? Kito nok ore kecek Klate jah,"

"Buleh kalo tersasul encik," balas aku.

"Kito ni nok Pegawai Kewangan, hok buleh handle orang bawah. Awok buleh ko nok handle orang lain? Macam-macam pe'el ado." soal seorang encik yang banyak tanya tentang akaun.

"Buleh, insya Allah," yakin tak yakin je aku jawab.

"Awok buleh ko nok wat full set of accounts ni? Buke satu jah, ado 6 buah koloh. Pah awok keno kecek nge akaun setiap koloh. Guano?"

Banyak jugak yang disoal. Lebih 30 minit ambo interview sero. Hah sudah. To be honest lagi, aku memang suka buat akaun. He He He. Jadi, full set of accounts insya Allah, aku lebih prefer guna sistem berbanding guna Excel. Tapi, apakan daya, bebelan aku disini. Aku serahkan pada Allah, semua sudah berusaha. Cuma nak get away daripada duduk dalam accounting firm sebenarnya, nak buat account yang betul-betul aku faham transaksi keluar-masuknya, betul betul aku mengerti perjalanan wang ringgitnya, dan possibly aku nak buat akaun yang betul-betul mengikut etika. Bukan etika manusia, tapi etika Tuhan.

Huhu.


I'm just terribly sad. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku yang tak terhitung dalam menyediakan penyata pendapatan. Sesungguhnya, ada perkara yang kita boleh halang, dan ada perkara yang selalu nak aku halang tapi apakan kudrat dan kuasa aku, sekadar kuli kuli jemputan. Izinkan aku menjadi tokei yang beriman dan berkhidmat lillahita'ala! Semoga rezekiku murah di PPA, mudah-mudahan!

25/11/2014

Bukan.


Insya Allah entri kali ini sedikit sebanyak untuk diri sendiri yang keras kepala. HAHA.

Sejak masuk rumah sewa akhir tahun 2011, memang secara sadisnya aku ada sehelai tudung yang sedap dipakai, warnanya hitam kekelabuan. Feveretlah masa tu. Serious. Senang kata, semua baju masuk dengan tudung tu. Ditakdirkan, rumet masa tu, Kak Nughui dengan Kak Zura. Senang cerita, dua-duanya wanita bekerjaya. Dan secara logik akal, memang biasalah orang-orang yang dah bekerja ada beratus helai baju serta tudung.

Termasuklah Kak Zura dan Kak Nughui.

Usah pertikai baju yang bergantung, berlipat malah siap ada lagi dalam beg (baju simpanan) sep sep nih. Ambui. Belum lagi setiap baju kurung yang dipakai nescaya boleh saja matching dengan tudung. Aku memang kureng sikit bahagian baju-baju ini. Baju kurung yang ada cuma enam helai, sesuai untuk aku ke kelas, mudahnya hari Isnin pakai baju kurung, hari-hari lain boleh pakai kasual. Easy go. Malas nak fikir sebenarnya.

Habislah satu sem itu. Ada pertambahan baju kurung juga sebenarnya. Sebab nasihat-nasihat Kak Nughui dan juga ada masanya menjengah ke Nagoya untuk membeli kain. Pelajaran baru dalam hidup, kain kosong mesti dibeli dengan kain bercorak.

*tercengang*

Tengah tahun tu, kena masuk praktikal dah. Baju dah banyak sikit, dan for the first time, pakai tudung labuh bulat. Hehehe, so disebabkan ada sehelai tudung warna hitam, tudung tu jugak rolling untuk hari-hari seterusnya. Mestilah basuh everyday dan dikeringkan dalam bilik ajerrrr. Mudah bukan? Akhawat mestilah berfikir secara kritis juga kreatif. 

Kak Zura pernah juga menegur, dekat office kena la tukar warna tudung selalu, nanti orang kata apa, tapi aku tak endahkan sangat sebab, entah apa pressure yang aku dapat dengan memikirkan hal tudung (lagi pula dekat office bukan ada pakwe hensem, okay fine) sebab hal-hal office bahkan lebih penting untuk difikirkan sebenarnya, kah!

"Have you ever thought about how much time you likely waste deciding what to wear in the morning? It's probably made you late to school or work more times than you can count. We waste so many precious moments concerning ourselves with frivilous details. An outfit will not change the world, it probably won't change your day."

Dan setahun pun berlalu, berlalu. Bila masuk alam pekerjaan, memang kadang-kadang terasa nak dress up maha dahsyat (tapi akhirnya ku kuburkan jua) engkorang gile ke hape nak dress up pastu naik moto. Tak kelas wey. HAHA. Segelintir akhawat juga pernah berpesan, supaya menjaga penampilan, makna kata, tidak selekeh, tidak selebet tapi menurut fahaman aku.

Sebagai seorang wanita yang fitrahnya sukakan kecantikan, aku akui yang kadang-kadang jeles sebab tak reti nak bergaya, banyak duit spend bukan kepada pakaian, kadang-kadang, haha, semua rasa berselirat, jadi sudahnya, fokus kepada benda lain, hati tak terasa nak betul-betul nak. Sebab dulu mungkin sebab guna duit sendiri. Jimat duit sebab nak kahwin. Hantaran saja duit aku semuanya. Doorgift lagi. Tak pernah terfikir kehidupan ini begitu rumit, tetibe.

But, Alhamdulilah.

Allah juga yang memudahkan kehidupan kita. Dari segala aspek. Kita juga yang meminta pada Tuhan agar dipermudahkan urusan. Bersyukur dengan apa yang ada. Benarlah kita terlalu banyak perkara yang perlu difikir & perlu dibuat yang tidak berkadar langsung dengan masa yang ada. Dan antara perkara-perkara kecil yang boleh kita kurangkan kepeningan demi kelangsungan hidup yang lebih ceria. Be yourself. HEHE.

"Life is complicated enough, don't allow the little things to dictate your happiness. Simplify, simplify."

23/11/2014

Kembali Ke Bulatan.

Bismillah.

Kota Bharu sedang dilanda hujan tidak berhenti. Sebulan yang lalu, aku dah start balik usrah dekat Kelantan. Keberadaan luar daripada konsistensi usrah sangat menggelapkan jiwa raga aku sebenarnya. Terkadang timbul juga perasaan malas untuk attend usrah, sebab approximately hampir setahun juga tidak menghadiri apa-apa pertemuan usrah. Huhuhuhuhuhuhuhu T_T

Ye. Sangat tidak best untuk mengalami ketidakhadiran ini. *sobs*

Pertama kali sebenarnya attend usrah dengan seorang Nusrah. Haha, agak kelakar disitu. Tak, tak. Sebenarnya nusrah sendiri memang perlu ada untuk semua ahli usrah. Jadi, nak cerita, usrah kali ni aku tak bawak Nusrah. Mungkin sebab hujan lebat. Takut Nusrah demam, tapi sudahnya, mak Nusrah yang demam.

Usrah bertarikh 18 November lalu, betul-betul mengimbau kenangan lalu. Sejak pertemuan terakhir liqa' tahun lepas, *huahua* juga tidak disertakan yang aku lari balik Penang sebab alahan yang maha dahsyat tahun lepas. Tahu tahu je aku dah ada kat Penang. Maafin saya Kak Naqibah.

Lepas mukadimah, surah Al Fatihah. Tadabbur surah Yunus ayat ke 53 hingga ayat 76. Macam biasa sesiapapun diberi kesempatan untuk kongsi ayat yang dirasakan paling umph hari itu. Senyap. Kak Das pun senyap. Aku tengok semua orang pun senyap tengok mushaf masing-masing.

"Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." (Surah Yunus, ayat 57)

Masa ni, Kak Das ceritakan bahawa Al Qur'an diturunkan untuk sekalian manusia dan tidak hanya kepada orang-orang Islam atau orang-orang beriman. Dengan kata awalan, "Wahai manusia!" daripada ayat itu. Aku sedikit terawang-awang, macam biasa, sudah tentulah terawang-awang memikirkan kejadian usrah satu ketika dahulu. Yang semuanya petah berbicara, banyak bertanya... Mungkin aku senyap dengan peringkat awangan aku yang tiba di Shah Alam. 

Sampai akhirnya kisah sahabat. SAIDINA UTHMAN.

Siapa lagi aku perlu ingat kalau bukan Kak Nughui. Ha ha ha ha. Dulu tika bicara katil, seringkali diselit-selit kisah sahabat. Seringkali dicampur dengan perihal srikandi Islam. Enaknya, bila sudah punya anak, tidak usah dimomokkan dengan kisah Barbie atau Winnie The Pooh, tapi dikenalkan dengan srikandi dan pahlawan Islam. Biar tunjang akarnya akal seorang anak kecil mengenal kehebatan Islam lebih daripada "kehebatan" yang direka manusia Barat yang indah khabar dari rupa. Ke guane?

Insya Allah.

Sebenarnya, rindu bulatan atau rindu orang bulatan?

12/11/2014

Mengumpul Semangat.

Bismillah.

Tanggal 7 November 2014 yang lalu adalah kali pertama aku sebagai seorang Nik Nur Nadiah hehehe menaiki kapal terbang. Agaknya aku terlampau noob tentang hal sebegini, jadi tak heran sangat bila suami pun pakat perli aku. Alhamdulillah. Naik kapatube gi Subang je pun, bukannya pergi England!

Alhamdulillah. First time punya experience, memang agak bengang telinga aku. Kihkihkih.

Nak dijadikan cerita, aku pun pergilah The Curve (ye untuk pengetahuan ini kali pertama aku jejakkan kaki ke The Curve walaupun duduk dekat Shah Alam hampir lima tahun!) sebabnya sudah tentulah rumah sewa aku belakang Plaza Alam Sentral satu ketika dahulu, jadi aku apesal pulak aku nak jalan kaki sampai The Curve kan.

Okay.

So disebabkan sekarang aku sudah ada seorang anak yang tidak kurang lincahnya, *cough* maka sesi pengangkatan baby aku khususkan kepada encik suami dengan alasan lengan aku tidaklah berketul dan begitu umph untuk menampung bayi berjisim lebih 8kg untuk satu jangka masa lebih daripada dua minit.

Yeay, haruslah menjadi isteri yang manjaaaa ~

Ehem. *betulkan tudung* jadi aku pun agak teruja lepas keluar Ikea dan nampak aiskrim 80 sen yelah zaman dah maju, taraf hidup sudah naik, bangunan dekat Malaysia pun dah mencakar langit, entah dari ceruk mana pulak boleh dapat aiskrim 80 sen. Perkara ini sungguh menjengkelkan aku sebab paling kurang RM1.50 juga hendak dapatkan air yogurt depan sekolah suami aku. K melalut.

Nak dijadikan cerita, aku pun kena la dukung Nusrah, nak taknak kena lah dukung jugak sebab ayah Nusrah pergi beli aiskrim, lepas beberapa minit aku dah tak senang duduk (sebenarnya aku tak senang berdiri - ulang alik and ye so on...) tah acane boleh pulak sorang kakak ni wrap baby dia bahagian depan selamba sambil makan aiskrim depan aku, em yelah, aku pun senyum sebab aku macam nak tanya mana dia beli kain yang dia belit anak dia. *dalam hati sungguh jeles*

Okay fine, kakak tu jalan manyak laju. T_T

Lepas tu, datang sorang lagi, kali ni lagi sempoi masya Allah, anak dia dok nangis - mungkin sebab kali ni kakak tu makan aiskrim punya sedap depan aku lagi k aku tipu - dia belit anak dia kot belakang. So so so so, aku pon saja mendekatkan diri dengan kakak tu.

"Kak, tu namanya ape?" tanya aku dengan penuh tak malu sambil tunjuk tunjuk kain yang dia belit belit tu.

"Ni namanya Baby Wrap," sambil senyum senyum kakak tu jawab. 

"Kat mana nak dapat ni?" tanya aku lagi tanpa segan silu lagi.

"Saya beli online je ni. Awak join Malaysian Babywearers dekat Facebook atau senang nak ingat Gendong 101, boleh cari situ, then akan ada meet up & diorang ajar how to wear this wrap," jawab akak tu lagi.

"Orait orait. Tapi saya tak stay sini, I'm staying in Kelantan. How?" tanya aku serba salah dah muka aku.

"Takpe, Kelantan pon ada geng Babywearers ni, tengok kan senang anak boleh tido siap kat belakang ni, tapi ni merengek sebab dah lama sangat," kakak tu sungguh sungguh meyakinkan aku.

"Okay, insya Allah kak. Gendong 101 ye!"

"Ye! Nanti join ye. Saya kena pergi dulu, dan nama saya Nurul Yaqin," kata akak tu lagi sambil melambai ke arah aku pastu.

"Thanks akak, insya Allah nanti saya join.."

Aku pun berhajat nak ketemu lagi kakak ni. Sebenarnya aku dah join group tu, tapinya makin lama makin dahsyat aku join group emak emak ni. Sampailah aku menelaah tentang breastfeeding ni. Hee. Aku nak start pumping balik, doakan! Sebab sekarang Nusrah dah start makan nasi yang telah diblend halus mulus, dan hajatnya nak bagi dia minum susu aku je. Aku sungguhlah jeles sebenarnya tengok orang lain pam susu sangat banyak. Dan aku adalah antara orang-orang yang memberi alasan.

Aku ini orang-orang semalam.
Semoga Allah masih bagi peluang.
Sbb susu tengah banyak!
Doakankuuuu.


Mudahnya Menjemput Rezeki.

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah. Penceramah seminar ini adalah Pn. Areena Ahmad, Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata diluar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula yang saya dapat:
1.  Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubah lebih rakaat, makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2.  Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.  Membaca Al-Quran. Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu tetapi mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4.  Berzikir. Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.   Solat Berjemaah. Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit  awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6.  Bersilaturrahim. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7.   Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Pn. Areena kerana sedekah satu  power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita ,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam. Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan. RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah. Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi, seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation kawan dia pergi bayar 'INSURANS' bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH.

8.   Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu, batu yang ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak? Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.

9.  Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak? Tapi Pn Rina kata tawakal dulu baru usaha, minta bulat-bulat pada Allah, baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER. Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak, selalu minum air. Mak dia jarang minum air. Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.


BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.


*sharing daripada group whatsApp dan Telegram*
*moga bermanfaat buat semua*

01/11/2014

Juga Ingin Menjerit


Entah kenapa, lately sangat terasa lain.

Rasa nak menjerit. Macam dulu.

Susah je, jerit dekat Facebook.

Biar semua orang tengok dan baca.

Letih nak berpura-pura.

Tapi, senyum jelah.

Ada akhlak perlu dibawa.

Ada hati perlu dijaga.

Tak semua manusia sempurna.

Juga tetap ingin menjerit.

Mujurlah ada Nusrah.

Alhamdulillah.

16/10/2014

Bahagia

 
Bismillah.
 
Beberapa hari lepas, aku ada sembang dengan seorang kenalan di twitter (ye memang banyak beno kawan twitter aku nih) yang komen gambar Nusrah. Kalau tak silap, aku kenal dengan dia masa early pregnancy tahun lepas (2013). Aishah nama diberi.
 
Dia tegur, last year baby inside the perut tengah proudly kicking, tengok tengok dah besar! Woha. Aku macam ingat ingat lupa dia punya tweethandle akibat aku dah deactivate account @siskahaidan setelah sekian lamanya, sebab aku macam tak sempat nak handle semua benda, perasan busy.
 
*flips tudung*
 
Aishah pulak tengah pregnant. Ehehe. Sweet je, jadi macam biasa, sebagai ibu berpengalaman (sila muntah jauh-jauh) kami pun berkongsi resipi proses kelahiran. Ini semua koya. Sambil-sambil cakap pasal kerjaya.
 
 
 
 
 
Pada awal aku bekerja, aku selalu mengomen dengan Kak Nughui, aku bising, aku selalu kata yang nilai aku dapat tak setara dengan kelulusan yang aku ada, walhal dalam hati sebenarnya TIDAK PUAS. Sebab dulu masa fresh grad, aku dapat gaji empat angka, hidup menumpang di bumi Shah Alam. Ehehe.
 
 
 
 
 
 
 
Mungkin aku tak terbiasa dengan "gaji" yang sedikit. Masa di Johor Bahru, suami pula bekerja dengan "gaji" yang lebih daripada seorang Pegawai Perubatan di Malaysia. Hehe, sengal. Sedikit sebanyak, ada banyak perkara yang aku lalui yang aku perlu hadap setiap hari, yang lebih menggembirakan, lebih bahagia. Mungkin Kak Nughui agak stress membaca setiap bait kata-kata aku menerusi WhatsApp, ahahahaha, tapi sedikit sebanyak ia melegakan, ceh tetibe.
 
Tapi, kata Aishah, 'nilai hidup bukan pada gaji'.
 
Suami juga berkata. Bersyukurlah, kita tidak punya gaji yang banyak, tapi kita tidak punya hutang kereta, kita takde gaji yang hebat, tapi kita tidak meminta-minta, kita takde gaji yang melimpah, Allah bagi rezeki anak yang sihat, kita jugak, masih sihat. Alhamdulillah atas segala nikmat. Aku bahagia.
 
Dan dalam hati, sebenarnya aku bersyukoq gila dapat kawan macam Kak Nughui sebab walaupun dia malas nak layan WhatsApp aku, sebab aku banyak la menaip. Hehehehe. Maaf.
 
 
 
Sebagai bekas pelajar akaun, boleh kata aku ada juga buat kira-kira kalau nak berbelanja. Jadi ada certain things tu aku cuma pendamkan dalam jiwa namun akhirnya terluah jua (hehe pendam seminit je) nak ceritanya, aku ni berhati-hati sikit kalau nak mintak itu ini dekat suami. Wuahaha. Kalau nak mintak pun..
 
 
"Em, nak ambik udang dengan ikan selar kuning, boleh cook cook.."
 
 
Sudahnya, suami membeli belah agak dahsyat. Em. Bukan salah aku pun. Ok tak tak. Sebenarnya, aku cuma aneh, setiap kali aku teringin pape ke, mesti dia tunaikan. I love you abang. Nanti kita shopping lagi k. Alhamdulillah. Cuma memang perkiraan aku jauh sekali dengan apa yang suami bagi. *baling kalkulator, buku lejer, buku simpan kira, buang buang*
 
Akhir kalam.
 
Kite kene doa, supaya kerja yang kite wat, sentiasa kerana Allah, sentiasa best, sentiasa happy. Sangka baik dengan orang-orang yang sama-sama bekerja dengan kite (ini yang paling dahsyat aku ubah perspektif) dan berdoalah supaya kite ni nak love akhirat more than kite love dunia. Rasa nak zuhud, rasa nak zuhud, rasa nak zuhud. Taknak tamak nak semua benda, taknak gah membeli & menunjuk. Itu lagi kite perlu. Espeseli perempuan yang gemar shopping online. Eh, tak.
 
Dan, jangan lupa bagi kat ibubapa. Aku bagi RM100 sebulan kat Bapak.
 
Tengok Ihsan sekarang, macam ni rupanya bapak dengan aku dulu. Aku nak kaya. Aku nak tolong orang. Tolong doakan aku. Ngehehe. Akaun company sendiri pulak lepas ni, insya Allah.
 

11/10/2014

Perangat.



ukhuwah iman
moga Allah sentiasa limpahkan belas ihsan
untuk kita saling mengingatkan

*haha, ada la rindu orang shah alam*


25/08/2014

Rindu


Terlalu banyak yang ingin ku titipkan
Tiada siapa bisa membahaskan
Helai perasaan yang tidak digambarkan
Adakah masih kerinduan?

<3


27/05/2014

Pertolongan


Bismillah, dengan nama Tuhan aku khabarkan.

Alhamdulillah dengan kehadiran si kecil yang diberi nama Nusrah binti Muhammad Ihsan pada 27 Rejab 1435H bersamaan 27 Mei 2014 tepat jam 6.15 pagi. Saat masa melahirkan Nusrah sebenarnya aku tak ingat sangat, sebab aku, ada feeling nak tidoq all the time dalam labour room. Em. Tapi aku sedar je, cuma macam laloq yang teramat dahsyat. Aherher.


Cuma, orang selalu kata melahirkan anak adalah sakit yang paling power selepas kematian. Aku, setiap kali buat something big dalam hidup, semuanya unprepared. Masuk matrik, masuk universiti, join usrah, kahwin dan ada baby.Semua aku go with the flow. Dan probably aku slowly adapt dengan benda tu. Masa akad nikah aku tak rasa mcm nak menangis sbb maybe aku rasa mcm "ala life would be the same" dan that sentence changed bila kita melalui hidup yang tidak lagi bujang. Hihihi.



Now. Ekceli sebab dah melahirkan anak, banyak urat putuih and pantang sume, I realized that melahirkan anak pun, datang secara tiba tiba even though kita tau due date of the baby. Macam unexpected tapi banyak reminder pasal jaga diri sebab bila bila je boleh beranak. Though many things happened in the period of pregnancy, I am very thankful that Allah saved me and Nusrah.

And next. Aku kena lebih aware that mati can come anytime tanpa sebarang imej jelas tentang expired date kita di dunia fana ini. Aku cuma doa aku boleh jaga Nusrah dengan baik, jadikan dia seorang akhawat yang berjiwa kental, anak yg solehah, paling utama sayang Allah dan Rasulullah. Dan aku. Cuma mahu mati dalam keadaan Islam dan iman. Amiin ya Rabb. Ahlan wasahlan ya habibi, Nusrah :)

27/02/2014

Hey Awak!




Keep strong and be tough, okay?