30/11/2013

Ikhlaslah!



Ikhlaslah Menjadi Dirimu

“Wah, khusyuk betul akak baca buku tu,” tegur Nadrah apabila melihat Nusaibah hampir tidak berkelip mata membaca novelyang baru dibelinya petang tadi. Nusaibah yang sedari tadi meneliti novel itu tersentak dengan suara Nadrah yang sengaja dikuatkan itu. Nadrah kelihatan masih sibuk di meja belajarnya dengan kertas-kertas yang tidak tersusun. Tangannya ligat menekan nombor di kalkulator yang dipercayai sudah berzaman berkhidmat kepada Nadrah.

“Asyik sangat ke?” soal Nusaibah, tergesa-gesa duduk daripada sisi baringnya tadi. “Boleh tahan kak. Sedap ke story novel tu?” tersenyum-senyum Nadrah menjawab soalan Nusaibah. Nusaibah mengangguk laju. Dia bersila di atas katilnya berhadapan dengan Nadrah. “Kisahnya pasal ustaz yang belajar di Al Azhar disunting oleh seorang makwe yang tak ada langsung background agama!” suara Nusaibah kelihatan begitu teruja. Nadrah mengangkat kening.

“Nampak pelik bukan? Tapi, sebenarnya tak salah. Cuma perlu pada tatacara yang betul. Kalau tengok sekarang, segalanya sangat mainstream. Dengan couple sana-sini, balik lewat malam, bergayut sampai berjam-jam lamanya, kahwin dengan orang lain! Tapi kisah ni lebih kepada ikhlas, ikhlasnya seorang suami dan isteri. Isteri yang taat pada suami, suami yang sabar,” berjela penerangan yang diberikan Nusaibah. Nadrah terkebil-kebil mendengarnya. “Apa nama tajuk buku ni kak?” “Jaja & Din tajuk bukunya. Front cover dia macam tak cantik sangat, tapi ceritanya sangat best! Din ni sangat zuhud sampaikan handphone pun dia tak guna. Lepas Jaja kahwin dengan Din, Jaja yang anak orang kaya ni boleh jadi macam Din, dengan patuhnya dia dekat suami,” jelas Nusaibah tanpa dipinta.

“Sebenarnya, ikhlas itu paling susah kita nak buat, kan?” Nusaibah mengomel sendirian. “Memang. Macam kita dalam gerabak dakwah dan tarbiyah dengan kita yang dulu,” balas Nadrah, suaranya diperlahankan. “Kenapa?” “Saya rasa saya dalam gerabak dakwah dan tarbiyah seolah tidak ikhlas. Mungkin secara dasarnya kita memegang title consistency dalam liqo’ tapi ada something…” “Pasal apa?” soal Nusaibah, ingin tahu. “Sedih sebab tak dapat nak terangkan dekat kawan-kawan sendiri, lebih-lebih lagi yang ada dalam rumah ni,” Nadrah menuturkan kekesalannya. Riak muka Nusaibah berubah. “Tahu, tapi Allah tak tengok hasil. Allah tengok usaha kita, itu Allah kira!” terang Nusaibah, tegas.

“Tapi lately kenapa nampak akak macam tak betul je?” soal Nadrah pula. Matanya membesar. “Eh, betul ke? Mungkin sebab dorongan borang BM yang masih tidak settle kot?” balas Nusaibah, ragu. Nadrah ketawa kecil. Terus dilupakan hal ikhlas yang sedang mereka bualkan sebentar tadi. “Kenapa gelak?” “Kenapa sebab borang boleh down?” tanya Nadrah seolah-olah tak puas hati tetapi masih terhias senyuman dibibirnya. Tangannya kali ini sibuk menyusun kertas-kertas di atas meja.

“Dengan kekurangan diri sendiri. Ciri-ciri ikhwah idaman, lalu bagaimana?” Nusaibah menjelaskan ‘kerunsingan’ yang melanda. “Ya Allah! Kita yang nak tinggal lama dengan suami kita nanti, pasti kita tahu ciri-ciri yang kita perlu. Lagi satu, kita kena sentiasa ingat yang pasangan kita dijadikan Allah memang khas untuk kita. Kita tak main try and error  tapi kita mix and match dan biasanya acuan pasangan kita mesti match dengan kita,” sepatah Nadrah menuturkan, ala-ala pro. Kali ini, Nusaibah yang terkebil-kebil melihat Nadrah.

“Lagi satu, ‘ikhlaslah menjadi dirimu’ kak! Bukan senang nak jadi Jaja,” laung Nadrah setelah dilihatnya Nusaibah terdiam beberapa ketika. Nadrah sudah beranjak ke dapur meninggalkan dia sendirian.

*BM - Baitul Muslim