24/07/2013

RM8


Satu.

Dia menghampiri bazar Ramadhan petang itu. Lalu kelihatan gerai Uncle Bob yang sudah di aim sedari awal lagi. Mengidam tak usah kira, puasa kan ceritanya. RM6 bertukar tangan. Belian dipegang rapat. Perjalanan diteruskan ke 7 Eleven dengan hasrat air botol cincau menjadi air untuk berbuka. Mengidam kan, puasa kan ceritanya. Dalam perjalanan, hatinya terdetik, "Bagaimana ya agaknya perasaan orang yang tiada duit?" Dia tiba di 7 Eleven. Air cincau tiada. Yang ada cuma botol air teh seasons. Baiklah. Ambil. Menuju ke kaunter. Kurang. Kurang 50sen. Dia berkata, "Tak jadi beli dik. Tak cukup 50sen." Langkahnya longlai menuju luar kedai. Hatinya terdetik lagi. "Begini perasaannya bila tak ada duit." Dia menggeleng kepala.

"Alhamdulillah." terngiang-ngiang kata Nouman Ali Khan, "we are the people of Alhamdulillah and we praise Allah even in hard times." Senyum :)

Dua.

Sepanjang perjalanan, dia hanya, tidur. Kesejukan yang mencengkam memang membataskan pergerakannya walaupun untuk menaip mesej. Maaf, meng-touch mesej. RnR paling common sepanjang ke utara ialah RnR Tapah. Namun sejak berkecimpung dalam dunia bas, tak pernah sekali pun bas ekspress melanjutkan rehatnya di RnR Tapah. Nyata, sangkaannya meleset sama sekali. Seumur hidupnya yang bergelumang dengan bas ekspress, semalam kali pertama bas tersebut berehat di RnR Tapah. Apa mampu dibuat.

Koceknya kosong. Bahkan dompetnya sudah lama tak terisi. Mujurlah bulan puasa, iftar biasanya ditaja. Satu sen tidak dikeluarkannya. Saban hari ke masjid tidak pernah membawa dompet. Sekali lagi. RnR Tapah yang menjadi pujaan tidak dapat merasa duitnya melayang. Sekali lagi perasaan tidak berduit menerjah laju ke dalam minda.

Orang dulu, duitnya banyak habis bersedekah, orang sekarang habis duit sebab banyak membazir. Dan kini dia sedang merasai perasaan tersebut buat kedua kalinya. "Alhamdulillah." terngiang sekali lagi kata Nouman Ali Khan, "we are the people of Alhamdulillah, we stay positive, we stay optimistic." Mungkin Allah mahu dia kurang berbelanja, seperti biasa. Senyum.