28/07/2013

Alhamdulillah.


:")

You know when to use the word Alhamdulillah very well.

But actually you haven't said it, at all, right?

Cis.

Keyboard warrior.


Praise Allah and thank Allah. That's complete Alhamdulillah.

"Manusia, biasanya akan dapat the praise, not necessarily the thanks, or otherwise they get the thanks but not the praise. However, the amazing is Allah gets both. Alhamdulillah. We say Alhamdulillah bila kita dapat nikmat, kan? But what about ujian. Isn't it from Allah? So when you get all those dirty filthy words about you, say Alhamdulillah. Secara tak langsung, kita buang rasa dengki rasa cemburu rasa iri hati kita terhadap manusia, sebab the first is we think of Allah. Kita ingat Allah. Secondly, you don't wanna end up like people who says bad things about OTHER people, right? Mufti Menk also remind that -people forget they have a grave to go to and a Rabb to answer-. Just remember, there are many people out there can post, reblog, put on status or tweet about reminders, but so little of them keep on track with what they have posted online. Semoga Allah pelihara diri kita daripada berlaku demikian. I pray that Allah will always put us to understand this beautiful deen. Insya Allah."

-R-

Thanks.

24/07/2013

RM8


Satu.

Dia menghampiri bazar Ramadhan petang itu. Lalu kelihatan gerai Uncle Bob yang sudah di aim sedari awal lagi. Mengidam tak usah kira, puasa kan ceritanya. RM6 bertukar tangan. Belian dipegang rapat. Perjalanan diteruskan ke 7 Eleven dengan hasrat air botol cincau menjadi air untuk berbuka. Mengidam kan, puasa kan ceritanya. Dalam perjalanan, hatinya terdetik, "Bagaimana ya agaknya perasaan orang yang tiada duit?" Dia tiba di 7 Eleven. Air cincau tiada. Yang ada cuma botol air teh seasons. Baiklah. Ambil. Menuju ke kaunter. Kurang. Kurang 50sen. Dia berkata, "Tak jadi beli dik. Tak cukup 50sen." Langkahnya longlai menuju luar kedai. Hatinya terdetik lagi. "Begini perasaannya bila tak ada duit." Dia menggeleng kepala.

"Alhamdulillah." terngiang-ngiang kata Nouman Ali Khan, "we are the people of Alhamdulillah and we praise Allah even in hard times." Senyum :)

Dua.

Sepanjang perjalanan, dia hanya, tidur. Kesejukan yang mencengkam memang membataskan pergerakannya walaupun untuk menaip mesej. Maaf, meng-touch mesej. RnR paling common sepanjang ke utara ialah RnR Tapah. Namun sejak berkecimpung dalam dunia bas, tak pernah sekali pun bas ekspress melanjutkan rehatnya di RnR Tapah. Nyata, sangkaannya meleset sama sekali. Seumur hidupnya yang bergelumang dengan bas ekspress, semalam kali pertama bas tersebut berehat di RnR Tapah. Apa mampu dibuat.

Koceknya kosong. Bahkan dompetnya sudah lama tak terisi. Mujurlah bulan puasa, iftar biasanya ditaja. Satu sen tidak dikeluarkannya. Saban hari ke masjid tidak pernah membawa dompet. Sekali lagi. RnR Tapah yang menjadi pujaan tidak dapat merasa duitnya melayang. Sekali lagi perasaan tidak berduit menerjah laju ke dalam minda.

Orang dulu, duitnya banyak habis bersedekah, orang sekarang habis duit sebab banyak membazir. Dan kini dia sedang merasai perasaan tersebut buat kedua kalinya. "Alhamdulillah." terngiang sekali lagi kata Nouman Ali Khan, "we are the people of Alhamdulillah, we stay positive, we stay optimistic." Mungkin Allah mahu dia kurang berbelanja, seperti biasa. Senyum.

20/07/2013

Laju.


Ramadhan 1434H.

Terasa laju sangat ramadhan tahun ni. Alhamdulillah untuk segala aktiviti yang sudah, sedang dan bakal berlangsung. Alhamdulillah untuk ahlul bayt yang banyak membantu dan mengaktifkan diri dari segi sahur, iftar, sharing dan semuanya. Usrah Zahrah yang banyak merapatkan ukhuwah dengan ziarah selepas terawih saban hari. Tahniah usrahmates + naqibah yang ohsem. Alhamdulillah untuk segalanya.



Menanti saat. Syawal. Dengan. Semuanya masih lagi, tertinggal.



Terima kasih. Kak Nurul, Fiq, Kak Nadia :)

Seluruh ahli keluarga.