04/04/2013

Menyayangimu Selalu :")


Di suatu malam, telah duduk tiga sahabat yang sedang bersuara halus di tepi katil. Topik perbincangan paling hangat dipasaran ketika itu ialah Mimi. Lantas, tersembur ayat-ayat naif seperti ini oleh salah seorang sahabat dengan suara penuh perasaan dan diyakini niatnya begitu tulus gitu.

"I hate you Mimi!"

"Ehem ehem. Meh sini akak bacakan satu hadis." kata sahabat yang paling lama hidup di dunia antara tiga sahabat.

"Hadis tu kata apa?" soal sang penyerang "I hate Mimi" dengan sopannye.

"Sesiapa yang tak menyayangi, tidak akan disayangi." balas sahabat itu dengan bersahaja.



............