27/08/2012

Parking Penuh

Bismillah.

Menyesuaikan takrifan seseorang dengan memberi masa kepada mereka. Kadang diluah tidak ditangkap sebaiknya sang penerima. Kadang yang tidak terluah juga dicerna sebaliknya oleh pemerhati. Lalu dalam kondisi bagaimana mahu kekalkan berbaik sangka? Tentu saja ada yang ingin dikata.

Baru-baru ini mendapat berita yang aku tafsirkan sebagai half gembira. Sedih tak mahu cerita. Tapi dalam keadaan sedemikian rupa, Allah sebenarnya membalas doa. Cuma dalam keadaan yang aku tak sangka-sangka. Uniknya cara Allah itu luar biasa bukan? Tapi ada sesuatu lagi yang entah buat hati tak sedap. Ya, tak sedap.

Mesejnya berbunyi biasa, tapi asing buat aku. Bila dibalas katanya aku tidak ikhlas. Bila aku diam dikatanya aku lambat. Sebenarnya apa yang mahu disampaikan? Begini, aku pernah menyanjung tinggi seseorang dalam hidup aku, tapi end up aku terkapai-kapai sendirian. Aku step back. I was moving backward sebenarnya. Bila menyanjung tinggi seseorang itu tak perlu setinggi langit gitu, it seems like she / he is flawless which I think it is hopeless. Jadi kalau dia flawless sekalipun, dia bukannya tentukan hidup mati aku. Harsh.

Okay mesti tak faham bila sampai ke tahap ini.

Jadi orang yang menegur aku di atas adalah orang yang pernah aku sanjung. Dangkalnya kita manusia, kerana tidak sempurna. Aku terkilan sebenarnya kenapa aku kena menyanjung tinggi dia dulu. Kini, nampak kan permainan dia. Jangan sebab aku berubah dia pun u-turn habis untuk aku. Aku tak pernah menentukan ending hidup sesiapa. Maaf terpaksa menuturkan.

Bagaimana ingin buahkan cinta pada yang pernah kita suka?
*lagu Kosong berkumandang*


Petikan di atas didedikasikan kepada seseorang yang pernah bertakhta dalam jiwa ini, tapi kini, kosong, kosong, ohh kosong. Maaf, parking penuh :)